Jumaat, Disember 23, 2011

Rahsia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pernah tak mengalami situasi begini?

seseorang mendekati kita dan memberitahu..

''aku ada benda nak bagi tahu ni, tapi ini rahsia tau, jangan bagi tahu kat orang lain!''

-sememangnya sebelum diberitahu, ianya adalah rahsia, pun begitu setelah diberitahu, rahsia hanya tinggal pada nama...

selalunya situasi ini apabila menyentuh keperibadian seseorang... kononya bersikap baik, tidak mahu menyebar cerita peribadi seseorang.. namun, biasalah.. mulut.. rahsia dijadikan sandarkan untuk bercerita..


lebih parah, setelah rahsia itu diberitahu, kawan itu berjanji bepegang teguh tak akan membocorkan rahsia itu. Namun si empunya rahsia berjumpa seorang lagi rakan, berpesan perkara yang sama.. sebagai modal cerita konon. Dan sekali lagi diiringi pesanan :

INGAT, INI ADALAH RAHSIA!

Apabila rakan bertemu rakan, dan menyentuh perkara sipi-sipi mengenai si empunya diri.. akan terpacul situasi begini:

''eh, macam mana kau tahu? aku pun tahu juga benda ini, tak sangka ya?"

meleret-leret tokok tambah perencah cerita, sehingga rahsia tersebar luas menjadi buah mulut.

kan?

Yang menanggung? entahlah..

-itulah.. apabila ianya rahsia, maka jadikan sebagai rahsia.. harta karun di mulut..

dan

saya ada satu rahsia,

pun begitu sesekali saya tak akan berkongsi dimana-mana.. rahsia yang akan dibawa ke mati..

sebab?

sudah namanya pun RAHSIA.

PRINSIP saya? Rahsia tetap rahsia..

dan saya adalah penyimpan rahsia yang tegar... teramat tegar.

=)

-entry merapu.




Selasa, Disember 20, 2011

AA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Membelek laman facebook, jika sehari, bersemangat mengikuti perkembangan, bila sudah masuk hari ketiga, mula rasa muak, bosan. Hampir 70% rakan-rakan facebook updates, komen, like tentang AA.

Siapa AA?

Adam Adli.. Mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera Perdana Menteri ke-6 selama 5 minit. Dimana? di PWTC setelah menyerahkan memorandum kepada Dato Saifudin. Bila? pada 17 Disember lalu.

Saya tidak kenal secara rapat, atau berkomunikasi secara langsung dengan AA, hanya berjumpa sekali sekala, di dalam lif, kampus dan sebagainya. (itupun terserempak, bertegur sapa tidak.) Entah.. mungkin saya kurang berminat tentang politik kampus, saya dengan dunia saya manakala dia dengan dunia dia.

Pun begitu pelajar TESL ini pernah mengegarkan rapat umum UPSI dengan gelombang Kuning. Dialah pelopor Legasi Mahasiswa Progresif. Sehingga suara 'HIDUP-HIDUP, MAHASISWA' berkumandang di segenap penjuru.

Dia dengan perjuangannya, mereka dengan perjuangan mereka, apa yang rasa betul.. betul lah di sisi masing-masing. Saya yang di tengah? menilai yang mana benar dan salah sahaja..

Minggu lepas juga kes AA ada tersebar. Tapi AA yang lain. Aliff Alfian.. mengemparkan bukan sahaja keluarga, malah rakyat Malaysia denga Perkahwinan sesama gender di UK. Dia juga berjaya Melambakkan hutang ratusan ribu di pundak ibu bapanya yang menjadi penjamin bagi pinjaman boleh ubah PETRONAS.
Kasihan..

Dua minggu ini, wall facebook saya dipenuhi dengan AA..

Dan saya yakin serta percaya, kedua-dua entiti ini akan dijadikan sebagai fakta kes dalam Pertandingan Debat Diraja yang berlangsung di USM bulan Februari 2012 nanti..

itu pun jika ada usul debat berkaitan AUKU atau mentaliti mahasiswalah..

MAHASISWA POWER,

AUTONOMI UNIVERSITI..

dua perkara hangat pada masa kini..

Mohon Permisi.




Isnin, Disember 19, 2011

Kerana dirimu begitu berharga.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bermula Debat Piala Pengetua Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) tanpa kemenangan atau pencapaian suku akhir.

Kemudian mengorak langkah di Pentas Debat Keusahawanan UPSI dengan gelaran naib Johan

Akhirnya menjadi Johan Debat Piala Pengetua Kolej Aminuddin Baki (KAB)

Debat, 3/4 dalam hidup? mungkin.






Kolej Za'ba.. baru 1 semester berada di sini, berpisah daripada rakan-rakan Kolej Harun Aminurrashid. Berat hati juga. Terawang-awang dalam minda, boleh menyesuaikan diri tak? boleh masuk tak dengan mereka-mereka yang berada di KZ ini.

Iyalah.. di Kolej lama, kalau lapar.. sms sahaja kawan ajak temankan makan, kedai makan berlambak-lambak di sana. Di Kolej baru? kedai makannya adalah beberapa buah di kafeteria. Kemudian kiosk kecil yang jual jajan. Itu baru bab makan, bab jarak kolej ke kampus belum dikira lagi.

Pun begitu, tatkala saya berada di sini, saya kira.. boleh jadi ada satu perkara yang lebih baik berlaku. Semuanya bermula tatkala JMK Akademik dan Kerjaya KZ sms saya, minta tolong latihkan budak-budak debat di sini. Saya sukar menolak, pertama kali mengenali mereka.. saya lihat mereka ada potensi.

Namun potensi sahaja tak cukup. Perlu ada usaha, perlu ada keyakinan, perlu ada bimbingan. Barulah prestasi seiring dengan potensi.

Alhamdulillah, mereka mudah dibimbing, senang bekerja dengan mereka ini. Yang 'Happy Go Lucky' ada, yang pendiam, yang alim, yang gelabah, yang selamba.. semua ada.

Saya lihat mereka ini jenis menerima sepenuhnya, kemudian mengaplikasikan..

Itu yang penting, menerima dan mengaplikasi. Bukan pending dimana-mana atau tersalah sending. Atau yang langsung parah, tidak mengaplikasikan.

Moga momentum ini berterusan.. Insya Allah..

Apapun.. Selamat Maju Jaya buat Pendebat KOLEJ ZA'BA! :)


P/S: kita akan berasa dihargai apabila ada yang menghargai. ke macam mana?





Ahad, Disember 18, 2011

SAYA BENCI R!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya tahu, saya jarang menulis di blog ini. Thesis menghambat diri. Itu sahaja. Nak bercerita mengenai R.


Saya kenal R. Dia suka menghantui hidup manusia lemah seperti saya. Pun begitu..

Saya benci R

sebab R lah yang menjadi penyebab ramai orang gelisah, R suka bermain-main dengan jiwa, resahnya tatkala R menghilang akan menyebabkan fikiran seseorang boleh jadi tak tentu arah. Penangan R memang parah, hati perempuan pun bergetar, lelaki? jangan cakaplah.. Boleh hilang pertimbangan jika kehilangan R. R begitu istimewa.


Saya benci R

Sebab R lah yang menyebabkan lelaki kacak di luar sana kehilangan sifat kelelakiannya. Di Universiti ini, Pernah sekali saya naik lif yang sama dengan seorang lelaki, disampingnya ada R. Nak termuntah rasanya bila melihat lelaki itu dengan R. Saya tak boleh.. lihat pun dah benci, apatah lagi bila berada berdekatan. Saya akui.. R mungkin ada tarikan yang tersendiri tapi pada masa yang sama, saya tak boleh menerima. Lelaki kacak hilang kelelakianya dengan penangan R. PERCAYALAH. Lelaki itu lebih berharga tanpa R pun..


Saya benci R

Tatkala saya menulis entry ini, saya terfikir juga, zaman sekolah dulu, rakan-rakan saya suka 'berdating dengan R' di belakang sekolah adalah tapak projek pertemuan cinta. Dan tak pernah serik walaupun pernah ditangkap oleh Guru disiplin sekolah, rakan saya dirotan. R terlepas.. R hanya duduk tersenyum sinis di atas meja. Mengejek. Kami tahu, Cikgu Disiplin pun apa kurangnya, suka dekat R juga! cuma kami ini budak-budak, alasan klise. Tapi walaupun dirotan berulang kali, mereka tetap memuja R.


Saya benci R

Tatkala saya menulis entry ini, saya nampak rakan serumah saya duduk berdua-duaan dengan R. Asyik di beranda rumah. Saya tahu.. mereka dah melepasi had umur, dah dewasa tapi silalah jaga privacy orang lain juga.. Saya tidak boleh.. dan saya tidak mampu menegur.. Itu hak anda.. Bau dia.. sudah memeningkan kepala..

Maka..

SAYA BENCI ROKOK!