Ahad, Januari 01, 2012

2012 di UPSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sambutan Tahun Baru disambut dengan rasa berbaur. Agak hiperbola jika saya katakan, sambutan yang penuh berdarah, sedangkan yang berdemonstrasi lebih kurang hampir 100 orang sahaja (mungkin kurang). Agak terkesima juga sewaktu saya memandu menghala ke kolej, saya ditahan oleh polis, di soal siasat mahu ke mana, di Kolej Kediaman pula di soal siasat oleh pegawai keselamatan.

Seperti kekok adanya suasana sebegini di Tanjung Malim. Demi autonomi Universiti. Demi penghapusan AUKU 1971, Demi kebebasan Adam Adli yang akan dibicarakan menjelang 19 Januari nanti.

Saya lihat wall facebook, dipenuhi dengan post-post mengenai demonstrasi sahaja. Saya klik video, terungkai.

Dari penelitian saya, bermula kira-kira jam 2 pagi, mereka berhimpun melaungkan kebebasan akademik. Membawa sepanduk, yang berpurdah pun ada..

Kemudian polis datang bersama FRU, dan terdapat seorang anggota polis (mungkin ketua) cuba berunding dengan ketua kumpulan, pun begitu mereka bertindak di luar kawalan, meminta UPSI membuka pagar. Memanjat pagar UPSI dan mengoncang-goncangkan pagar UPSI.

ketika inilah pihak polis bertindak menarik-narik mereka dan meminta mereka bersurai. (bukannya menyerang tanpa sebarang alasan). Dan, ketika ini berlakunya provokasi, dan berlakunya tolak menolak dan tarik-menarik mereka ke dalam Black Maria.

Ada 1 klinik Pecah pintunya, atas kapasiti dikatakan Safwan Anang, (ketua PMIUM) nazak. Pun begitu, hari ini sudah mampu tersenyum terbaring di atas katil Hospital Slim River... Alhamdulillah..

di laman facebook,

Banyak versi yang dipostkan, tak larat saya nak mengupas lanjut. Ada mata, nilailah sendiri.

Video?

Saya kira, Laman Web Youtube telah disekat di Kolej Kediaman.. (mungkin), hajat dihati mahu berkongsi.. hajat dihati mahu menjadikannya sebagai memori.

Apapun,

Selamat Menyambut Tahun 2012.. moga ada harapan disebalik kejadian.. :)





Ahad, Disember 25, 2011

pisau.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Suasana di Sungai Samak memang nyaman, walaupun kereta saya beberapa kali menderita kerana melalui jalan berlubang-lubang dan bersimpang siur.

Semasa bakar ayam di tepi sungai.

Azam: Abang Fawiz, tolong hulurkan pensel! eh. pensel pulak. (sambil menunjukkan jari kepada sebilah pisau)

Saya: hahaha.. bukan pensel lah, cakaplah mahu pen.. (sambil menghulurkan pisau)

terdiam.. masing-masing berpandangan..

berhamburan ketawa..

Dua-dua sama sahaja.. :)


Jumaat, Disember 23, 2011

Rahsia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pernah tak mengalami situasi begini?

seseorang mendekati kita dan memberitahu..

''aku ada benda nak bagi tahu ni, tapi ini rahsia tau, jangan bagi tahu kat orang lain!''

-sememangnya sebelum diberitahu, ianya adalah rahsia, pun begitu setelah diberitahu, rahsia hanya tinggal pada nama...

selalunya situasi ini apabila menyentuh keperibadian seseorang... kononya bersikap baik, tidak mahu menyebar cerita peribadi seseorang.. namun, biasalah.. mulut.. rahsia dijadikan sandarkan untuk bercerita..


lebih parah, setelah rahsia itu diberitahu, kawan itu berjanji bepegang teguh tak akan membocorkan rahsia itu. Namun si empunya rahsia berjumpa seorang lagi rakan, berpesan perkara yang sama.. sebagai modal cerita konon. Dan sekali lagi diiringi pesanan :

INGAT, INI ADALAH RAHSIA!

Apabila rakan bertemu rakan, dan menyentuh perkara sipi-sipi mengenai si empunya diri.. akan terpacul situasi begini:

''eh, macam mana kau tahu? aku pun tahu juga benda ini, tak sangka ya?"

meleret-leret tokok tambah perencah cerita, sehingga rahsia tersebar luas menjadi buah mulut.

kan?

Yang menanggung? entahlah..

-itulah.. apabila ianya rahsia, maka jadikan sebagai rahsia.. harta karun di mulut..

dan

saya ada satu rahsia,

pun begitu sesekali saya tak akan berkongsi dimana-mana.. rahsia yang akan dibawa ke mati..

sebab?

sudah namanya pun RAHSIA.

PRINSIP saya? Rahsia tetap rahsia..

dan saya adalah penyimpan rahsia yang tegar... teramat tegar.

=)

-entry merapu.




Selasa, Disember 20, 2011

AA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Membelek laman facebook, jika sehari, bersemangat mengikuti perkembangan, bila sudah masuk hari ketiga, mula rasa muak, bosan. Hampir 70% rakan-rakan facebook updates, komen, like tentang AA.

Siapa AA?

Adam Adli.. Mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera Perdana Menteri ke-6 selama 5 minit. Dimana? di PWTC setelah menyerahkan memorandum kepada Dato Saifudin. Bila? pada 17 Disember lalu.

Saya tidak kenal secara rapat, atau berkomunikasi secara langsung dengan AA, hanya berjumpa sekali sekala, di dalam lif, kampus dan sebagainya. (itupun terserempak, bertegur sapa tidak.) Entah.. mungkin saya kurang berminat tentang politik kampus, saya dengan dunia saya manakala dia dengan dunia dia.

Pun begitu pelajar TESL ini pernah mengegarkan rapat umum UPSI dengan gelombang Kuning. Dialah pelopor Legasi Mahasiswa Progresif. Sehingga suara 'HIDUP-HIDUP, MAHASISWA' berkumandang di segenap penjuru.

Dia dengan perjuangannya, mereka dengan perjuangan mereka, apa yang rasa betul.. betul lah di sisi masing-masing. Saya yang di tengah? menilai yang mana benar dan salah sahaja..

Minggu lepas juga kes AA ada tersebar. Tapi AA yang lain. Aliff Alfian.. mengemparkan bukan sahaja keluarga, malah rakyat Malaysia denga Perkahwinan sesama gender di UK. Dia juga berjaya Melambakkan hutang ratusan ribu di pundak ibu bapanya yang menjadi penjamin bagi pinjaman boleh ubah PETRONAS.
Kasihan..

Dua minggu ini, wall facebook saya dipenuhi dengan AA..

Dan saya yakin serta percaya, kedua-dua entiti ini akan dijadikan sebagai fakta kes dalam Pertandingan Debat Diraja yang berlangsung di USM bulan Februari 2012 nanti..

itu pun jika ada usul debat berkaitan AUKU atau mentaliti mahasiswalah..

MAHASISWA POWER,

AUTONOMI UNIVERSITI..

dua perkara hangat pada masa kini..

Mohon Permisi.




Isnin, Disember 19, 2011

Kerana dirimu begitu berharga.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bermula Debat Piala Pengetua Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) tanpa kemenangan atau pencapaian suku akhir.

Kemudian mengorak langkah di Pentas Debat Keusahawanan UPSI dengan gelaran naib Johan

Akhirnya menjadi Johan Debat Piala Pengetua Kolej Aminuddin Baki (KAB)

Debat, 3/4 dalam hidup? mungkin.






Kolej Za'ba.. baru 1 semester berada di sini, berpisah daripada rakan-rakan Kolej Harun Aminurrashid. Berat hati juga. Terawang-awang dalam minda, boleh menyesuaikan diri tak? boleh masuk tak dengan mereka-mereka yang berada di KZ ini.

Iyalah.. di Kolej lama, kalau lapar.. sms sahaja kawan ajak temankan makan, kedai makan berlambak-lambak di sana. Di Kolej baru? kedai makannya adalah beberapa buah di kafeteria. Kemudian kiosk kecil yang jual jajan. Itu baru bab makan, bab jarak kolej ke kampus belum dikira lagi.

Pun begitu, tatkala saya berada di sini, saya kira.. boleh jadi ada satu perkara yang lebih baik berlaku. Semuanya bermula tatkala JMK Akademik dan Kerjaya KZ sms saya, minta tolong latihkan budak-budak debat di sini. Saya sukar menolak, pertama kali mengenali mereka.. saya lihat mereka ada potensi.

Namun potensi sahaja tak cukup. Perlu ada usaha, perlu ada keyakinan, perlu ada bimbingan. Barulah prestasi seiring dengan potensi.

Alhamdulillah, mereka mudah dibimbing, senang bekerja dengan mereka ini. Yang 'Happy Go Lucky' ada, yang pendiam, yang alim, yang gelabah, yang selamba.. semua ada.

Saya lihat mereka ini jenis menerima sepenuhnya, kemudian mengaplikasikan..

Itu yang penting, menerima dan mengaplikasi. Bukan pending dimana-mana atau tersalah sending. Atau yang langsung parah, tidak mengaplikasikan.

Moga momentum ini berterusan.. Insya Allah..

Apapun.. Selamat Maju Jaya buat Pendebat KOLEJ ZA'BA! :)


P/S: kita akan berasa dihargai apabila ada yang menghargai. ke macam mana?





Ahad, Disember 18, 2011

SAYA BENCI R!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya tahu, saya jarang menulis di blog ini. Thesis menghambat diri. Itu sahaja. Nak bercerita mengenai R.


Saya kenal R. Dia suka menghantui hidup manusia lemah seperti saya. Pun begitu..

Saya benci R

sebab R lah yang menjadi penyebab ramai orang gelisah, R suka bermain-main dengan jiwa, resahnya tatkala R menghilang akan menyebabkan fikiran seseorang boleh jadi tak tentu arah. Penangan R memang parah, hati perempuan pun bergetar, lelaki? jangan cakaplah.. Boleh hilang pertimbangan jika kehilangan R. R begitu istimewa.


Saya benci R

Sebab R lah yang menyebabkan lelaki kacak di luar sana kehilangan sifat kelelakiannya. Di Universiti ini, Pernah sekali saya naik lif yang sama dengan seorang lelaki, disampingnya ada R. Nak termuntah rasanya bila melihat lelaki itu dengan R. Saya tak boleh.. lihat pun dah benci, apatah lagi bila berada berdekatan. Saya akui.. R mungkin ada tarikan yang tersendiri tapi pada masa yang sama, saya tak boleh menerima. Lelaki kacak hilang kelelakianya dengan penangan R. PERCAYALAH. Lelaki itu lebih berharga tanpa R pun..


Saya benci R

Tatkala saya menulis entry ini, saya terfikir juga, zaman sekolah dulu, rakan-rakan saya suka 'berdating dengan R' di belakang sekolah adalah tapak projek pertemuan cinta. Dan tak pernah serik walaupun pernah ditangkap oleh Guru disiplin sekolah, rakan saya dirotan. R terlepas.. R hanya duduk tersenyum sinis di atas meja. Mengejek. Kami tahu, Cikgu Disiplin pun apa kurangnya, suka dekat R juga! cuma kami ini budak-budak, alasan klise. Tapi walaupun dirotan berulang kali, mereka tetap memuja R.


Saya benci R

Tatkala saya menulis entry ini, saya nampak rakan serumah saya duduk berdua-duaan dengan R. Asyik di beranda rumah. Saya tahu.. mereka dah melepasi had umur, dah dewasa tapi silalah jaga privacy orang lain juga.. Saya tidak boleh.. dan saya tidak mampu menegur.. Itu hak anda.. Bau dia.. sudah memeningkan kepala..

Maka..

SAYA BENCI ROKOK!




Selasa, Oktober 25, 2011

Kalau cakap takut kecil hati, tak cakap makin menjadi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Chatting Facebook

B     : Cikgu.. cikgu nak tahu? A nak tumbuk cikgu R tadi..


Saya: -sekali lagi? =.="


Baiklah, dalam kondisi seorang guru muda, bagaimana kita perlu melayan hati para remaja, yang melonjak-lonjak mahu itu dan ini, yang mahu mencuba semua perkara. Seperti dunia ini mereka yang punya, berlagak mereka tahu semua benda, ibarat garam selautan sudah dirasa?


Senang sahaja: Lempang nak lempang? titik.


Sebenarnya, punca tipikal: mereka ini perlukan perhatian, suara mereka perlu didengari. Di rumah, umpama suara mereka ini ada pun tak apa, tidak ada pun tak apa, Ibu Bapa adalah Pemegang Kuasa Veto Keluarga, segala keputusan ditangan mereka. (Namun  ingat, keputusan ibu bapa adalah yang terbaik.)


Mahu lepak di Pavilion? jika emak tak bagi pergi, dan ayah tak bagi duit, maka anak sudah terhukum- jiwa mereka bilau, terus memberontak. Sikap ini dibawa ke sekolah, mempengaruhi rakan-rakan, maki sana sini, menjawab itu dan ini. maka guru perlu pejam mata sahajakah?


Kalau cakap, takut kecil hati, tapi kalau tak cakap makin menjadi!


Entahlah, dalam kondisi seorang guru muda, rapat dengan pelajar- nanti dilabel sebagai gatal, suka cari populariti, semasa praktikum dahulu Cikgu senior ada menasihati: kita ini sebagai guru perlu ada gap antara pelajar dan guru. Nanti bila mereka naik lemak, susah nak sental. 


Tapi bagi saya pula, jika dibuat benteng, nanti susah pula mahu mengajar. Akan ada rasa segan silu, tak mahu dengan cikgu yang cetek ilmu, nak cikgu yang lebih tuaa.. ilmu nya cukup di dada. Cikgu muda belia ini ibarat seperti abang dan kakak mereka sahaja. Dengar tidak dengar sahaja apa yang dicakap oleh cikgu. Abang Long dan kakak ipar duai mereka pun lebih tua dari cikgu barangkali. Bila ada gap, makin jauhlah cikgu dengan pelajar.


Maka dalam keadaan ini, Perhatian daripada guru memang menjadi. Puji sikit, bagi naik semagat, maka mereka mula layu buat kerja, suarapun tidak senyaring membingit telinga memekik sana sini. Tangan memengang pen buat kerja. Kalau bagus, cikgu bagi pujian berganda. Pendapatnya dijulang seantero kelas, hebat-hebat-hebat... seperti suaranya didengari. Matlamat tercapai. Win-win situation. Guru mudah untuk mengajar, jiwa remaja mereka pula puas.

Namun dalam keadaan cikgu memberi perhatian lebih itu,takut ada hati lain yang terabai. Saya bakal cikgu sekolah, bukan cikgu persendirian,  jadi purata 1 kelas ada 40 nyawa, jika hanya 1 orang diberi perhatian lebih, 39 orang lagi akan kata itu dan ini. Saya tahu bab itu sebab sudah merasa. Namun jika dibiarkan takut makin hanyut sesat. Sayang seribu kali sayang. :)


Tapi, kontra itu mesti ada. Kalau diberi perhatian juga, lemak akan berlapis-lapis naik mendadak, seperti terkena obesiti. Dalam keadaan ini memang sudah susah untuk mengawal, tidak ada gap, tidak ada rasa hormat, tidak ada rasa segan, seperti dia sudah sebaya dengan cikgu, boleh dibuat kawan.


Cikgu tegur buat endah tak endah, cikgu cakap sikit, menjawab panjang berjela. Kaunselor cakap, Mungkin itu kebiasaannya di rumah-menjawab dengan orang tua.



Biasakan yang salah, maka salahlah jadinya. Jika ditegur, melenting. 'Bagus' bukan?


-Sayang seribu kali sayang. Jadi Bagaimana ya?