Khamis, Julai 07, 2011

Bercakap bila perlu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Selasa lepas ada dua orang ustazah dari Universiti Sains Islam Malaysia masuk ke sekolah untuk memulakan sesi praktikum. Nampaknya saya ada rakan seperjuangan yang baru. Seorang dari Jelebu, Negeri Sembilan, seorang dari Kubang Kerian, Kelantan. Masuk sahaja ke dalam bilik guru, terasa kekok pula. Sebab guru lain tiada (belum sampai lagi), maka saya memulakan sesi perkenalan. Berborak apa yang perlu.


Petang..


Cikgu Sarah, Pengerusi Persatuan Guru Sekolah itu, meminta mereka berpindah dari tempat duduk, kerana meja yang mereka duduk sekarang adalah kepunyaan cikgu-cikgu lain, cuma kekerapan cikgu-cikgu lain itu berada di Perpustakaan dan Koperasi adalah lebih tinggi berbanding berada di bilik guru, sebab itu meja itu terbiar kosong.


Kena pula dua meja di hadapan saya sememangnya kosong, mereka duduk di meja itu. Ada masa terluang, Kami berbual-bual, berkongsi pengalaman mengenai universiti masing-masing. Apa yang saya tahu, Rancangan Harian Pengajaran mereka perlu ditulis dalam tulisan jawi, mereka juga tidak pernah terdedah dengan "mikro & makro teaching" dan lain-lain


Sehinggakan pada satu tahap, cikgu Shamsinar masuk ke dalam bilik guru..


"Amboi.. Fawez.. baru dengar suara ya.. selalunya senyap je..."


Saya hanya ketawa...


Memang.. sebelum ini saya lebih banyak berdiam dan senyum sahaja. Kondisi guru lelaki amat sedikit pupulasinya di sekolah ini dan selalu tiada di bilik guru. Guru-guru perempuan sahaja yang ada.


Maka kalau guru-guru perempuan ini gigih bercerita mengenai broonch, mutiara, kuih raya, kain, memang saya tak pandai nak masuk. campur. Sebab itulah saya banyak berdiam diri dan tersenyum sahaja.Bukannya apa, takut apa yang saya cakap itu macam tidak kena sahaja dengan topik perbualan mereka. Maka saya mengambil langkah bercakap bila perlu dan lebih banyakkan masa untuk berfikir.


kan?


:)