Jumaat, Jun 24, 2011

Belum Cuba Belum Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Mengimbau 6 minggu yang lalu. Saya dilabel sebagai guru kurang mesra pelajar. Sampaikan kak Faz, rakan sepraktikum ketika itu berkata kepada saya: Aku nak cakap sesuatu ni. Budak-budak ni cakap, Muka Cikgu Fawiz garang sangat, diorang takut nak tegur. Senyum lah sikit.


Baik.. Saya kira, saya sudah memaniskan muka kepada mereka. Cuma memang sifat saya barangkali. Kalau saya tidak suka, saya gembira, Marah, sedih, riak wajah saya memang tidak terbendung. Terpancar. Bak kata orang, lelaki berkening tebal susah nak sorok ekspresi muka.


Mungkin juga disebabkan praktikum blues yang melanda ketika itu, dalam keadaan tidak bersedia, terpaksa menerjah sekolah, (tak terjangka semester khas diadakan oleh UPSI, ingatkan bulan September baru masuk sekolah...)


Ataupun..


Mungkin juga disebabkan saya stress.. stress disuruh mengajar subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan. (PJK). Saya akui.. saya stress tahap dewa. Dengan tidak ada basic (kecuali olahraga) saya disuruh oleh penolong kanan Akademik mengajar PJK. Berkali-kali saya membelek-belek buku Rancangan Pengajaran Tahunan PJK, buku Teks dan lain-lain pada minggu itu.


Muka saya memang tidak boleh nak tersenyum langsung. Risau.


Stress membayangkan bagaimana saya mahu mengajar sedangkan saya tidak tahu apa yang perlu diajar, memikirkan bagaimana kaedahnya nak mengajar PJK.


Kedua, saya sapu bersih semua kelas PJK kepunyaan Ketua Panitia PJK sekolah itu. Saya mengambil alih semua kelas beliau tanpa kompromi. Penolong Kanan Akademik punya kerja. Tapi biasalah, ayat yang keluar: Belum Cuba Belum Tahu.


Kini?


Saya rasa, saya okay berada di sekolah ini. Mampu tersenyum, sudah boleh bergurau senda dengan Pelajar-pelajar. Mungkin juga frasa Belum Cuba Belum Tahu sudah dilalui. Mengajar PJK? Bersama-sama dengan pelajar ini? menyeronokkan sebenarnya.

:)