Sabtu, Februari 26, 2011

Cikgu Shida :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

*penulisan ini adalah salinan daripada blog pertama saya: LIFE LIKE THIS.


Sebelum ini ramai sudah orang heboh-heboh mengenai Cikgu shida. Saya langsung tidak pernah klik play video-video cikgu shida Parit yang diupload oleh kawan-kawan saya dalam Facebook ketika itu. Memang tidak pernah.


Bagi saya mana mungkin dia itu adalah seorang guru bukan? mungkin dia seorang lelaki sahaja yang hanya mahu mencari publisiti murahan. Lelaki yang menyamar sebagai guru perempuan (pada fikiran saya ketika itulah.) Saya pun jenis malas melihat orang miming suara penyanyi-penyanyi lain. Miming sahaja pun, kalau suara sebiji sama okay lah juga.


Kemudian saya bergerak dari satu blog ke satu blog. Saya tahu saya sudah agak ketinggalan membaca mengenai cikgu Shida. Apa pun, kemudian saya terjumpa cerita sebenar mengenai Cikgu Shida ini. Rupanya Dia memang seorang perempuan, Nama sebenar dia ni Roshida binti Aziz, mengajar di sekolah kebangsaan Pulau Padang, Bota Perak. Mengajar Bahasa Inggeris. Mengikut Pembacaan saya, dia ini pandai mengajar Bahasa Inggeris.


kemudian saya terlihat klip video buatan dia sendiri mengenai miming educational. Dalam akaun youtube beliau. Amat menghiburkan, untuk dijadikan set induksi pun boleh. Budak-budak sekolah pasti mahu belajar lagi jika dapat tengok cikgu dia 'sporting' macam tu.


Oh ya, selain miming educational, dia ada juga video mengenai aktiviti-aktiviti di sekolah, mikroteaching dan lain-lain. Bukti? sila klik. My pupils and I, Untuk kenangan Hari Tua.


Bakat dia memang terserlah, Kalau saya buat video ini? pengsan budak nak tengok barangkali. Bakat cikgu shida memang ada untuk menarik budak-budak belajar Bahasa Inggeris. senang cerita, dia ada kelas tersendiri lah. Tapi bila video dia tersebar dalam facebook, sehingga wujud pelbagai fanpage mengenai cikgu Shida, (ada yang mengutuk dan ada yang suka), dia makin menjadi-jadi nampaknya.


Video miming lagu tidak perlu, rakam dalam bilik tidur pula tu. (berdasarkan perabot seperti katil dan meja solek), berpakaian entah apa-apa, solekan pun macam-macam sampai jadi lelaki pun ada, pakaian macam pak arab, dengan topi ahli sihir lagi. Saya rasa adalah sayang jika dia terhumban dalam publisiti sebegini.


Walaupun dia tidak kisah, tapi orang ramai ambil kisah. Lebih-lebih status dia sebagai guru bahasa Inggeris. (mengajar budak sekolah rendah pula tu). Saya dengar, dia jadi sebegini disebabkan dia kecewa. Ya, kecewa putus tunang. Putus cinta amat menyakitkan, putus tunang? siapa yang tahu.


Maka kekecewaan ini melarat sampai dia jadi sedikit senteng barangkali. Kalau kamu ada perasaan, (perasan), kebanyakan video-video miming terawalnya adalah mengenai kekecewaan bercinta, kemudian baru melarat-larat kepada kemengarutan (mungkin memenuhi permintaan peminatnya). macam lagu Waka-waka nyanyian shakira, lagu Yank by wali band. Agak kurang ilmiah sedikit lah. Walaupun dia agak manis orangnya. (ketawa)



Saya tidak tahu nak ulas apa lagi, pandailah dia hidup di dunianya. Sama-sama berdoa dia akan sembuh dari kekecewaan. Titik.










P/S: Celik Insan Kerana Guru Unggul = CIKGU.




Jumaat, Februari 25, 2011

Butang Lif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Disebabkan Tanjung Malim ini tiada Hospital yang kondusif, maka Suhaimi dimasukkan ke dalam Wad Hospital Slim River. Saya memandu ke sana tepat jam 5.15 petang. Beberapa Ahli kelab debat turut menyertai. Jurulatih kami, En. Azwan Ismail, (pensyarah Politeknik Sultan Azlan Syah, merangkap bekas pendebat UMP) turut bersama-sama kami.


Untuk mencari wad Suhaimi tidaklah sesukar mana, walaupun kami tetap berpusing-pusing di foyer hospital untuk mencari label. Suhaimi di tempatkan di tingkat 4 hospital. Kami mengambil masa satu jam melawat Suhaimi, tubuhnya kurus, tapi berselera juga makan. Nasib baik Hasliza ada membawa bubur nasi. Selepas melawat Suhaimi. Kami mencari lif untuk turun. Hasilnya:

.
.
.
.
.
.
.
.
.


anda akan jumpa benda ini di Hospital Slim River sahaja






Penunjuk pada lif ini agak mengelirukan bukan? kami mahu ke bawah, tapi ada angka 25. Adakah lif ini boleh membawa kami masuk ke dalam mantel bumi? :)




Khamis, Februari 24, 2011

Saya yang gagal mencerap atau tersalah dengar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas mesyuarat Kelab Debat bersama Penasihat kami, Encik Nizamudin di bilik mesyuarat Fakulti Sains dan Kognitif, Malim Sarjana, saya dan ahli Kelab Debat Bahasa Melayu telah makan malam di sebuah restoran, Cupak. Seperti kebiasaan, kami akan berborak panjang mengenai pelbagai perkara.


Disebabkan kami ramai, 3 buah meja terpaksa digabungkan. Aini duduk dihujung kiri, saya berada di sebelah kanan meja. Sangat jauh.


Aini: Aku dengar si Suhaimi masuk wad di Hospital Slim River. Esok kita pergi melawat dia nak tak?

Saya: ha? masuk wad, sakit apa?

Musfirah: ya kak Aini, Abang Suhaimi sakit apa?

Aini: dengar-dengar dia kena ***** (kurang jelas)

Saya: Ha? HIV? (terkejut)

Musfirah: Dia kena Demam Denggi . Apalah Abang Fawiz nih !


Suhaimi kena demam Denggi, bukannya HIV. Nasib baik. :)


Suhaimi





Rabu, Februari 23, 2011

Alasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Saya ini bukanlah jenis mudah menerima alasan. Lebih-lebih lagi alasan yang klise dan membuat saya termenung panjang. (sebab alasan itu macam tidak perlu jadi alasan pun). Namun seringkali juga dalam setiap tindakan pasti akan ada alasan yang mahu ataupun tidak terpaksa diberi. Mungkin boleh menjadi landasan untuk escapism ataupun boleh ianya adalah alasan konkrit seiring dengan tindakan.


Berikut beberapa alasan yang sangat klise dan boleh dijawab dengan mudah.


SITUASI 1:


Kelas jam 2 petang: semua pelajar dah ada dalam kelas, kecuali dua orang pelajar


Pelajar: Maaflah puan, terlewat masuk kelas. Solat Zohor tadi.


Pensyarah: Habis?? kau ingat aku Kafir??



-Sangat kasar tapi amat bermakna. Mengapa anda boleh datang lewat ke kelas sedangkan  pelajar-pelajar Islam lain pun bersolat Zohor sama seperti anda?

Peristiwa di atas ini Sudah lama Noraini Ahmad bercerita kepada saya. Pensyarah itu naik angin sebab pelajar itu selalu lewat barangkali. Lagipun pensyarah itu sedang hamil ketika itu. Dimaafkanlah kekasarannya.


Noraini Ahmad




SITUASI 2:



Pelajar: Tahniah sebab menang Kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Harap dapat tunaikan manifesto dan janji-janji kepada mahasiswa dengan baik dan menjalankan amanah dengan penuh cemerlang.


Mpp: Huhuhu.. Jangan bercakap begitu, saya dah semester 6. Saya harap barisan mpp lain dapat meneruskan legasi, sebab semester depan saya akan berpraktikum di Sekolah. Entah sempat atau tidak tanggungjawab itu. Jangan menggalaskan harapan tinggi sangat kepada saya. Nanti tidak tergalas nanti.


-Jawapan sebegini membuat saya terpana. Sudah anda menang bukan? jangan jadikan praktikum sebagai tiket atau alasan untuk melepaskan diri. 


Salahkah menjawab sebegini: Biarpun akan berpraktikum semester depan, dan tiada di UPSI, saya akan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan amanah tersebut. Insya Allah.


Itulah jawapan yang seeloknya, dan bukannya taktik melepaskan diri sebegitu. Memalukan!


Jika sudah tahu tidak dapat menggalas tanggungjawab. Elok jangan masuk bertanding.


P/S: 


Alasan: tidak dapat hadir kerana ada assingments (tugasan) yang perlu disiapkan?


Jawapan: Habis? ingat saya tiada assingments?? Dia fikir Saya ini pegawai kebajikan barangkali. 





Ahad, Februari 20, 2011

cakap tidak serupa bikin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*Nota: ini salinan penulisan dari blog kedua saya LIFE LIKE THIS. Jika ada suntingan pun, sekadar pembetulan daripada aspek morfologi sahaja.


Sudah dua hari saya ketinggalan isu pilihanraya kampus. Saya ada urusan di Kuala Lumpur. Tempoh masa berkempen juga sedikit amat. Rapat Umum di UPSI hanya dibenarkan berlangsung selama 3 hari sahaja. Esok akan dijadualkan mengundi.


Namun sempat juga saya mencuri peluang melihat rapat umum pada hari pertama di Kolej Aminudin baki. Itupun selepas latihan debat. Saya ini seperti kebiasaannya hanya memerhati dari jauh. (dengan penuh sinis kalau ada penyokong macam emosi atau calon terprovokasi).


Calon-calon MPP yang melaungkan manifesto dengan penuh lantang. Semangat yang berkobar-kobar. Saya harap, semangat itu tidak terkulai sekerat jalan atas nama tiket, manifesto gagal terlaksana, kerja dihalang oleh pihak atasan.


Selain itu saya juga dengar-dengar ada perarakan ala-ala demonstrasi menuntut reformasi daripada pihak atasan. Menarik! saya tidak pernah melihat demonstrasi diadakan di kampus. Gelombang kuning katanya. Dengan belon-belon kuning, sepanduk, ikat lilit. (Kalau ada maskot DIGI lagi bagus).


Tapi sayangnya saya berada di Ampang ketika itu. Saya harap demonstrasi menuntut reformasi ini bukanlah ilusi seseorang atau fantasi seseorang sahaja. Kalau benar nak lakukan reformasi, tunjukkan itu benar-benar pembaharuan. Kalau tidak, nanti timbul pula cakap-cakap belakang.


Contohlah - parti itu hantar 8 calon, yang menang 7, tetapi yang nampak buat kerja seorang dua sahaja. Bukankah itu sesuatu perkara yang tidak berapa baik untuk diumpat. (mengumpat memang tak baik, saya tahu itu). Tapi nak buat macam mana, dah depan mata.


Bagi saya, tidak salah untuk memperjuangkan manifesto yang meletup-letup, yang menjentik minda, yang bernas, namun tergalaskah? boleh dilaksanakah?


saya juga sama seperti anda, akan tertawa lucu jika ada manifesto yang remeh temeh seperti isu water cooler, pemasangan jubin di surau dan lain-lain, tapi jika terlaksana mungkin jadi kemudahan pelajar juga. secara tidak sedar, isu remeh inilah menyebabkan kebajikan kita juga terpelihara.


Saya akan berpuas hati jika ada melihat YB-YB yang komited buat kerja, kena pula YB itu salah satunya terhasil daripada undian saya dalam ribuan mahasiswa yang mengundi beliau. Undian yang tepat. Bagaimana pula dengan tersalah undi? 


Saya ini bukanlah apa, tolonglah. Saya penat tersalah pangkah, seringkali berlaku undian saya berpihak kepada orang yang salah.  Persoalannya salah sayakah? Bukan kah itu salah calon? yang bercakap perkara muluk-muluk. Berjanji itu ini. (Namun retorik semata). Maka salah sayakah? apabila mereka cakap tidak serupa bikin?


Anda yang membaca mampu menilai. Andaikata kita sudah menilai, dan memilih, namun siapa tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan (hatta sesaat yang akan tiba nanti bukan?)

:)




suasana rapat umum di UPSI, ada reformasi nampaknya
ada belon. dahulu tiada, ini pembaharuan juga kan?


P/S: antara penambahbaikan dan pembaharuan, saya pilih 'dan'