Sabtu, Mei 23, 2015

Pernah Tak terfikir

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pernah tak terfikir, kita mempunyai sejenis kawan. Bila mana dia follow kita dan kita follow back. Tidak pernah bersua, tidak pernah bertegur sapa, hanya bersua di alam maya.

Pernah tak terfikir, kita mempunyai sejenis kawan. Bila mana kita pos sesuatu. Butang like pasti dia tekan. Seolah-olah mahu menyatakan bahawa 'hei, walau kita tidak pernah bercakap, tapi aku mahu kau tahu, aku wujud dalam dunia mayamu!" Maka? Saling menekan butang like- tanda berterima kasih atas kesudian.

Pernah tak terfikir, bila mana dia tiba-tiba menghilang tanpa sebarang berita. Pos berlalu tanpa likers dari dia. Kita? Menjalani hidup seperti biasa.

Pernah tak terfikir, tiba-tiba dia muncul. Pos-pos lama di like kembali seawal dia hilang hingga pos yang terkini. Seolah-olah baru pulang ke laman maya.

Pernah tak terfikir, dia ni dah kenapa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.