Rabu, Disember 24, 2014

Persaingan.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Kehidupan kami bermula dari unit yang telah dipilih. Tujuh hari seminggu, empat belas jam sehari. Bersama-sama bekerja melebihi garis masa untuk diri sendiri. Sehingga suatu ketika, tatacara persaingan telah menjadi gaya hidup. Nombor satu: Sentiasa menjadi unggul. Nombor dua: bersedia melakukan apa sahaja yang boleh untuk mengatasi akal manusia yang lain. Nombor tiga: Jangan berkawan dengan musuh. Nombor empat: segala-galanya adalah pertandingan. Sesiapa yang berkata, kemenangan bukanlah segalanya, tidak pernah mengerti apa itu penindasan.


Namun, ada satu lagi cara untuk terus mengharungi pertandingan ini. Ada satu cara yang tidak pernah diberitahu oleh sesiapa. Cara yang diri kita perlu belajar sendiri. Nombor lima: Ini bukan soal perlumbaan. Tidak ada pemenang mahupun yang kalah. Kemenangan dikira dengan jumlah manusia yang berjaya dibentuk masa hadapannya. Dan jika kami bijak, manusia yang dibentuk boleh menyelamat diri kami sendiri.


Guru arkitek minda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.