Khamis, November 20, 2014

Garisan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ianya mengenai garisan. Seperti garisan penamat pada akhir kehidupan, seakan menunggu dalam barisan, seolah resah menanti peluang kedua atas meja pembedahan. Penentuan antara hidup dan mati. 


Akan tetapi ada garisan yang paling penting, sempadan pemisah antara kita dan masyarakat. Untuk menjalinkan hubungan antara manusia sudah tentu kita perlu membuat sempadan. 

Sempadan antara kita dan seluruh dunia.-rakan sejawat, rakan sepermainan, pelajar, ketua dan sebagainya. Segelintirnya pasti terlalu berantakan. Menyukarkan hidup, memberi kesan emosi tidak menentu. Maka, garisan perlu dibuat. Sempadan perlu dibina.

Garisan, tidak semudah melukis garis di atas pasir. Menjadi benteng pemisah antara kita dan mereka. Berkali-kali berdoa agar tidak ada salah seorang pun yang melintasi garisan tersebut.


Hakikatnya, kita perlu rasional. Sempadan sudah tentu tidak akan menghalang mereka, tetapi sempadan itulah yang memagari kita dari dalam. Memenjarakan diri seolah tiada upaya untuk melihat perubahan diri.


Hidup ini tidak sempurna, sepertimana diri kita sendiri. Jadi sama ada kita membazir masa dengan melukis garis kehidupan ataupun kita menghidupkan diri kita dengan melintasi garisan tersebut. 

Tetapi, terdapat beberapa garisan yang terlalu berbahaya untuk dilalui. Jika kita bersedia untuk mengambil peluang dan menggalas risiko, pandangan dari sisi lain garisan sudah tentu menakjubkan.

Hidup ini sekali.. manfaatkanlah peluang di hadapan matamu.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.