Selasa, Oktober 14, 2014

Permainan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Permainan, pilihan di tangan kita sama ada untuk terus bermain atau pun tidak. Dalam lapangan ini, ibu bapa saya sememangnya pemain yang terbaik. Tetapi saya tidak fikir, saya setanding dengan mereka.

Pernah dengar istilah untuk menjadi seorang yang terbaik, menjadi baik sahaja tidak memadai?. Kadangkala sifat mementingkan diri itu perlu ada, dunia ini sudah punah dengan segala aspek penindasan,  bidang keilmuan tidak terkecuali. 



Hingga saat ini Saya tidak dapat memikirkan alasan tunggal mengapa saya perlu menjadi seorang ahli akademik, tetapi saya boleh berfikir seribu sebab kenapa saya perlu berhenti. Mereka di atas sana menjadikan lapangan ini penuh ranah, keras dengan sengaja. 



Benar, ada harapan di sisi lain, dan pilihan itu berada di tangan saya. Sama ada mahu terus bermain di lapangan ini atau sebaliknya. Sehinggakan suatu ketika, apabila ianya bukan hanya berkenaan permainan semata-mata, dan saya mula cuba mengorak langkah menuju ke lapangan lain. Akan terbit satu lintasan hati... Ya, saya boleh berhenti di sini, tetapi ada satu perkara yang saya suka... iaitu bermain di lapangan ini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.