Isnin, September 09, 2013

Jangan terlalu cepat menjustifikasi boleh tak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


"Kalau malas belajar, jadi macam tu laaa", kata seorang customer kepada anaknya sambil jari telunjuk menunding kepada seorang anak muda yang sedang menjual burger di gerai tepi jalan.

Kata-kata membina daripada ayahnya kepada anak belajar rajin-rajin agar tidak menjadi senasib anak muda yang jual burger ditepi jalan semata. Harapannya- anak tu nanti bakal jadi pegawai terbilang, doktor cemerlang, dan pemimpin bervisi melalui akses pelajaran. Produk dari universiti.

Cuma.. seakan tidak kena pula menjadikan anak muda si penjual burger itu sebagai model 'orang yang tidak berjaya'.

Sedar ataupun tidak, penjual burger itu adalah seorang graduan Universiti yang bakal berkonvokesyen nanti? yang hanya kerja part time mengisi masa sementara menunggu hari bahagia menerima segulung ijazah?

Jadi frasa...

"kalau malas belajar jadi macam tuu laa..?"

buat saya tergeli hati. Seakan hidup dia seorang sahaja yang sempurna serba-serbi barangkali.


P/S: kadangkala waiter di hotel, pekerja Pizza Hut, atau pekerja KFC yang kita pandang nak tak nak ni sebenarnya Englishnya lagi power dari kita.. otak lagi cepat menyerap, cemerlang prestasi dalam pelajaran.. cuma mereka menghargai masa cuti semester 3 bulan dengan bekerja sambilan sahaja..