Sabtu, September 07, 2013

Hakikatnya~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

''Dia cakap dia tak dapat datang meeting, sebab rasa tak sihat" kata setiausaha kepada pengerusi mesyuarat tatkala seorang ahli panel tidak hadir.


"Maaf Cikgu, saya tak hadir ke kelas minggu lepas sebab terkena demam. Tapi saya tak pergi ke klinik, saya rehat di hostel je" kata seorang pelajar kepada gurunya tanpa memberi surat MC.


"Maaflah tak jawab call, kepala terkena migrain, tidur je sepanjang hari" kata seorang kawan.


Ayat-ayat di atas, seakan klise untuk dijadikan alasan. Boleh jadi benar-benar sakit atau boleh jadi sebaliknya. (alasan semata)

Terfikir- setiap kata adalah doa.. dan kata-kata tanpa rasa bersalah seperti "saya sakit minggu lepas, sebab tu tak dapat hadir.." (hakikatnya sihat walafiat) boleh jadi doa lah kot.

Kalau dapat penyakit betul-betul baru tahu. 

kan?

P/S: Rezeki Tuhan bukan berlandaskan kelimpahan kemewahan wang ringgit sahaja. Kesihatan yang baik juga adalah rezeki.. (kecuali mendatangkan rasa riak dan takbur sehingga mengabaikan Rabbul Jalil- itu bukanlah rezeki, itu adalah istijraj)

:)






Khamis, September 05, 2013

Argument yang tidak akan ke mana.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila dikelilingi pelajar yang ada kemudahan wifi ni, facebook, twitter, wechat, dan instagram saya selalu akan ditambah kenalan oleh mereka. Selalunya saya main approve sahaja. Lagipun saya jenis tidak rigid terhadap apa sahaja yang dipost oleh pelajar saya- tujuannya : mewujudkan zon keselesaan masing-masing.  

dan...

Dalam terma lain, saya ni pengajar jenis sporting lah kot. (ha-ha-ha-hambar)

Sebab...

Pelajar nak post emosional kah, mahu post maki hamun kah, ayat jiwang kah atau sebagaimana lazimnya posting yang dibuat oleh para remaja (lepasan SPM yang baru masuk Universiti). Saya akan bersikap begini...

eh.. kisah pulak aku?

Jadi mereka selesa dengan kriteria pengajar yang macam ini kot, sebab tu kalau saya lihat- majoriti pelajar- akan add pengajar yang ok pada sudut pandangan mereka. Kalau jenis yang suka menyinga dalam kelas- saya fikir hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang menambah pensyarah sebegini sebagai kenalan. Itupun atas keperluan atau tuntutan subjek. 

Bila selesai menduduki peperiksaan dan memperoleh result- pensyarah itu akan diremove (macam saya pernah buat ya?) Hahaha..

cuma terfikir juga, apabila terbaca post pelajar yang menyumpah seranah pengajar yang mereka tidak suka- sebagai contoh ketika mereka berada di dalam kelas (yang ada kemudahan wifi), selalunya akan terupdate lah twitter melalui telefon pintar masing-masing yang berbunyi :

"Bila nak habis kelas ni?..! bosang ah dengar !@#$% membebel kat depan ni"

atau..

"ha.. start dah show off si !@#%$- mana baldi? nak muntah hijau"

atau...

"Choiii... kejap lagi nak kena mengadap si !@#$%^"

atau...

"Agak-agak lah weih nak tambah assingments, ape ko ingat kitorang ni !@#$% ker?"

atau..

"Soalan midterm si !@#$% macam sakai susah- apa dia ingat kita ni budak PHD ka?"

macam-macam lah yang dipost oleh mereka. Walaupun saya tahu post itu bukan dituju kepada saya, cuma terfikir juga apa akan jadi kalau si pengajar pula post benda yang lebih kurang sama terma ayat di twitter atau facebook tu? contoh:

"Ni Assingments ke sampah?"

atau...

"Esok dah start kerja? nak kena mengadap !@#$% lah pulekkk"

atau...

"Verangan nak dapat A, tapi performance macam level !@#$%"

dan sebagainyalah..

dan perkara ini dibaca oleh pelajar mereka?

Agak-agak apa perasaan dan perkara yang terlintas di fikiran pelajar itu ya?

Mestilah ayatnya akan berbunyi begini...


"BEGINI KE ATTITUDE SEORANG PENDIDIK?"


:)

Kan?





Selasa, September 03, 2013

Ianya bukan sebab 20 sen. ianya sebab cakap tak serupa bikin.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kisahnya kenaikan harga petroleum RON95 bermula pukul 12 tengah malam tadi. Maka berduyun-duyunlah orang pergi ke stesen minyak untuk mengisi minyak penuh. Sehingga RON97 pun tak luak langsung.

Selagi boleh isi- akan diisi, tidak kisahlah sehingga perlu bungkus makanan di kedai dan makan malam bersama-sama anak-anak di dalam kereta sambil beratur untuk mengisi minyak. Yang penting- meter biarlah sampai full tank. Paling best bila ada juga yang bawa dua tiga tong untuk bekalan seminggu mungkin.

Walaupun agak marah juga dengan kerenah segelintir mereka yang 'gigih' ini. Bukanya apa..  Stesen minyak penuh dengan kereta-kereta. Meter minyak saya ketika itu sudah mencapai level-E. Berdebar-debar mahu bawa kereta takut mati di tengah jalan. Namun disebabkan terlalu ramai orang, sampai bersepah kereta di ketiga-tiga stesen Minyak utama di Tanjung Malim ni. Menyebabkan saya membatalkan niat mengisi minyak.


Nanti beratur panjang, sampai turn kita, tiba-tiba minyak dah habis. Dipping tangki baru pun belum tentu dapat kan?

Jadi terus balik rumah, batalkan niat untuk keluar malam tu

Lagipun...

Saya ini tidaklah sampai seobses itu, sebabnya saya tergolong dalam jenis manusia tidak suka bersusah payah beratur panjang-panjang untuk mendapatkan satu faedah dalam jangka masa yang pendek mungkin.

Selepas gigih beratur, dapat full tank- kemudian? what next?

Mahu simpan kereta yang penuh tangki itu di bawah garaj selama-lamanya kah?

Adakah meter minyak yang penuh itu mampu bertahan dalam jangka masa setahun waima dibawa dari Perlis hingga ke Johor Bahru?

dalam pada itu.. sewaktu memandu.

Terfikir juga- apa sebab Kerajaan tiba-tiba mahu menaikkan harga minyak? Sampai satu tahap timbul persoalan.

Adakah.. dengan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan subsidi dan kerajaan dapat berjimat berbillion Ringgit. Kemudian akan berlakulah penambahan jumlah BRIM dari RM 500 ke RM 1000?

Just wait and See.

Apapun, tadi saya terbaca satu post ini di facebook. Ada benar juga kandungan post ini.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia. 

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,jauh di pelusuk sana,ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.Mereka tak ada slip gaji.Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?

Hanya 20 sen?Itu pun nak bising?Kerja lah lebih kuat lagi?Beribadatlah lebih lagi?Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...

Sembang kalian sembang mereka yang berharta.Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..Mereka tak berharta.Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.Aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.
Kredit : Ben Ridhuan

Cakap tak serupa bikin? Janji ditepati? ini makanan dia...


:)





P/S: Saya bukan Macai PKR dan BN. Saya Rakyat Malaysia. titik






Isnin, September 02, 2013

Oktober

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada apa dengan bulan Oktober?

Saya pernah bercerita tentang personaliti saya berdasarkan ujian inventori Sidek. Ini pula adalah mengenai personaliti seseorang yang rapat dengan saya. Dua Orang- dan Mereka lahir pada bulan Oktober. Bila diamati beberapa peristiwa lampau seakan samalah pula dengan personaliti di bawah.

Ibarat ada kolorasi.. ada perkaitan peristiwa itu dengan perkara di bawah.

Berikut merupakan personaliti mereka yang lahir pada bulan Oktober.

  • Suka bersembang
  • Suka orang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Kecantikan luar & dalam
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah 
  • Nampak macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka menerima pandangan orang lain
  • Suka berangan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat
  • suka melancong, bidang sastera dan seni
  • Pengasih, penyayang dan lemah lembut
  • Prihatin dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat.

Saya ambil perkara di atas dari facebook, Melihat kepada beberpa aspek. Apapun mulalah teringat pula kepada mereka ni. Moga  sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya.

Amin