Khamis, Oktober 10, 2013

Penerbitan Pertama

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera.



Sewaktu menyambut awal tahun baru lalu, di Bukit Bintang, yakni berkumpul di Restoran Hadramaut. Sambil-sambil lepak makan nasi Arab yang mahal harganya (bagi orang yang tak berapa nak mampu seperti saya ni).  Terkeluar idea daripada Aini, mahu tulis buku. Azam baru katanya...

Cadangan disambut oleh Amir, kemudian Nadia. Masing-masing teruja nak tetapkan matlamat menulis buku. Saya? diam sahaja... bukannya apa, pertama nak menulis ni perlu ada jiwa. Kedua saya memang jenis bukan optimistik barangkali. Untuk menulis sebuah buku. Kerja renyah.


Tapi...


Saya ikut juga rentak mereka. Saya kata, tengoklah kalau rajin, apa salahnya. (Insya Allah..) dan.. seakan dipermudah oleh-Nya. Peluang menulis itu datang. Dalam ramai-ramai tu, saya tak tahu kenapa saya yang terpilih. Sememangnya dalam proses penerbitan buku satu kerja yang menguji ketahanan mental. Bertungkus lumus menyiapkan kerja sebegini, daripada cari bahannya, dinilai, ditolak untuk penambahbaikan, diaudit, melalui proses bacaan pruf, penyuntingan adalah perkara normal.

Tapi saya cekalkan hati dan Alhamdulillah.. terbitlah buku modul pertama saya. :D



Buku Wacana Akademik Bahasa Melayu


Itulah buku pertama saya. Seekor kumbang dalam empat kuntum bunga. Sebab? Saya adalah satu-satunya guru Bahasa Melayu bergender lelaki yang masih berada di UPSI, guru bahasa lelaki yang lain? Menyambung pengajian di peringkat tertinggi. Bercuti Sabatikal. (Doakan saya tangkas berlari seperti mereka ya)

Apapun, Insya Allah buku modul ini adalah permulaan langkah pertama saya dalam membudayakan ilmu di dalam dunia pendidikan. Betullah orang kata, dulu kita merangkak, sekarang sudah boleh melangkah, nanti tunggu masa untuk berlari pula... Insya Allah..

Apapun, kepada pembaca atau followers yang tak berapa nak ramai ni, dan sudi singgah di blog saya ni, mohon doakan agar saya dipermudahkan urusan dalam misi menabur bakti sebagai muallim yang berwibawa.. 

:)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.