Ahad, Oktober 06, 2013

Kerana Dia memampukan saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ya Aziz...

Ya Jabbar...

Ya Muttakabbir..



Kalimah di atas, rahmatnya bukan sedikit. Setiap kali saya berasa berat hati dalam melaksanakan sesuatu tugas, kalimah tersebutlah akan bermain di bibir. Agar kudrat yang dikurniakan itu dimampukan oleh-Nya.


Syukur Alhamdulillah- saya berjaya menyelesaikan amanah yang telah diberikan oleh barisan jawatankuasa seminar sastera di UPSI. Amanah sebagai emcee sahaja, cuma pemberian amanah itu dibuat secara 'adhoc' dan mencabar kewibawaan saya sebagai seorang yang berstruktur dalam melakukan gerak kerja.

Mula-mula hanya diberitahu akan mengendalikan majlis perasmian pembuka dan penutup sahaja. Sewaktu rehersal, turut diminta mengendalikan slot-slot pembentangan kertas kerja. Bila diconggak balik, ada 6 sesi saya perlu kendalikan secara personal.

Dan kalimah itulah yang sentiasa menjadi lagu irama ketika jiwa seakan sudah mahu putus asa. Jari berat mahu menaip ayat demi ayat bagi mencipta estetika bahasa seorang juruacara majlis di skrin komputer. Namun...

Allah jua yang memampukan kudrat kita kan?

Berbekalkan kalimah tersebut dan juga kata azimat daripada Buya Hamka seperti di bawah...





Saya terfikir.. kalau bekerja sebagai bekerja, kera juga bekerja. Jadi? apa sumbangan kecil kita kepada masyarakat? kepada dunia?

Maka teruskan juga penulisan teks emcee, dan saya seakan tidak percaya, mampu menyiapkan teks dalam masa yang ditetapkan.. dan Alhamdullillah.. semua telah selesai.. Benarlah orang kata.. DOA ni ada kekuasaan nya ya? lambang spiritualisme.. bagai penghubung bagi yang mengadu kepada Pencipta.

bersesuaianlah dengan pantun ni.

Gunung Semanggol dataran indah
Terdiri rumah bernama Serakit
semoga makbul tangan ditadah
Rahmat Kalimah bukan sedikit



Sebab itulah untuk berdoa ada adabnya yang tersendiri, kita perlukan kosongkan hati- fokus apa yang ingin dipohon..  dan mengharap keredhaan-Nya dalam melakukan sesuatu gerak kerja.

Insya Allah akan dipermudahkan urusan.

:)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.