Isnin, Oktober 07, 2013

Entah lah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Perhatian, Si ABC belum hantar tugasan nombor 3, macam mana ni?''

Saya post dalam sebuah group facebook-adminnya pula ialah salah seorang pelajar saya. Cuba tarik perhatian para pelajar yang lain supaya memanjangkan perkara ini kepada rakannya yang bernama si ABC.

Sebenarnya risau dengan keadaan pelajar yang sambil lewa tidak menghantar tugasan dalam masa yang ditetapkan ni. Sekarang ni musim peperiksaan, dua tiga hari lagi akan berlangsung peperiksaan subjek yang saya ajar. Tapi tugasan pun masih ada yang belum hantar.

Markah tugasan pula telah dimuat naik dalam portal. Ada yang berpuas hati dengan markah tersebut. Dapat markah dalam lingkungan 50/60 dan 45/60 pun jadilah. 40 markah lagi akan cuba diskor melalui peperiksaan.

Tapi bagi si mamat seorang ni, 32/60. Satu tugasan lagi yang memperuntukkan 20 markah masih belum tiba di tangan saya.

Bukannya tidak pernah memberi peringatan mesra, dihantar sms, siap berjumpa secara bersemuka lagi. Dia ada berjanji akan menghantar tugasan secepat mungkin. Tapi janji sekadar tinggal janji.

Berbalik semula kepada post tadi- ada seorang pelajar membalas dengan komen begini:

"Entahlah...."

Terfikir juga, nanti kalau pihak atasan tanya saya tentang markah seorang pelajar yang sedikit ni, saya nak jawab bagaimana ya?

mungkin jawapan...

"Entahlah.... (saya tak tahu)'' adalah jawapan yang paling releven.


P/S: Tak tahu apa masalah seorang pelajar ni.




1 ulasan:

  1. Macam tahu je sape pelajar tu. Tp, biarlah rahsia.

    BalasPadam

Tulis-Tulis, nanti saya balas.