Selasa, September 03, 2013

Ianya bukan sebab 20 sen. ianya sebab cakap tak serupa bikin.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kisahnya kenaikan harga petroleum RON95 bermula pukul 12 tengah malam tadi. Maka berduyun-duyunlah orang pergi ke stesen minyak untuk mengisi minyak penuh. Sehingga RON97 pun tak luak langsung.

Selagi boleh isi- akan diisi, tidak kisahlah sehingga perlu bungkus makanan di kedai dan makan malam bersama-sama anak-anak di dalam kereta sambil beratur untuk mengisi minyak. Yang penting- meter biarlah sampai full tank. Paling best bila ada juga yang bawa dua tiga tong untuk bekalan seminggu mungkin.

Walaupun agak marah juga dengan kerenah segelintir mereka yang 'gigih' ini. Bukanya apa..  Stesen minyak penuh dengan kereta-kereta. Meter minyak saya ketika itu sudah mencapai level-E. Berdebar-debar mahu bawa kereta takut mati di tengah jalan. Namun disebabkan terlalu ramai orang, sampai bersepah kereta di ketiga-tiga stesen Minyak utama di Tanjung Malim ni. Menyebabkan saya membatalkan niat mengisi minyak.


Nanti beratur panjang, sampai turn kita, tiba-tiba minyak dah habis. Dipping tangki baru pun belum tentu dapat kan?

Jadi terus balik rumah, batalkan niat untuk keluar malam tu

Lagipun...

Saya ini tidaklah sampai seobses itu, sebabnya saya tergolong dalam jenis manusia tidak suka bersusah payah beratur panjang-panjang untuk mendapatkan satu faedah dalam jangka masa yang pendek mungkin.

Selepas gigih beratur, dapat full tank- kemudian? what next?

Mahu simpan kereta yang penuh tangki itu di bawah garaj selama-lamanya kah?

Adakah meter minyak yang penuh itu mampu bertahan dalam jangka masa setahun waima dibawa dari Perlis hingga ke Johor Bahru?

dalam pada itu.. sewaktu memandu.

Terfikir juga- apa sebab Kerajaan tiba-tiba mahu menaikkan harga minyak? Sampai satu tahap timbul persoalan.

Adakah.. dengan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan subsidi dan kerajaan dapat berjimat berbillion Ringgit. Kemudian akan berlakulah penambahan jumlah BRIM dari RM 500 ke RM 1000?

Just wait and See.

Apapun, tadi saya terbaca satu post ini di facebook. Ada benar juga kandungan post ini.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia. 

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,jauh di pelusuk sana,ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.Mereka tak ada slip gaji.Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?

Hanya 20 sen?Itu pun nak bising?Kerja lah lebih kuat lagi?Beribadatlah lebih lagi?Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...

Sembang kalian sembang mereka yang berharta.Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..Mereka tak berharta.Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.Aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.
Kredit : Ben Ridhuan

Cakap tak serupa bikin? Janji ditepati? ini makanan dia...


:)





P/S: Saya bukan Macai PKR dan BN. Saya Rakyat Malaysia. titik






2 ulasan:

  1. sangat setuju dgn pendapat saudara bukan semua kerana politik sahaja kerana sayangkan negara...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan.. sebab cakap tak serupa bikin juga :D

      Padam

Tulis-Tulis, nanti saya balas.