Isnin, Ogos 12, 2013

Raya Tahun ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari Raya Aidilfitri.

1. Raya tahun ini sama seperti sebelumnya. Raya di Kelantan untuk kesekian kalinya. Tidaklah semeriah zaman kecil-kecil dahulu. (Raya di Kuala Lipis), waktu tu tika arwah Wan (nenek) masih ada. Dua tiga hari sebelum raya memang meriah. Dengan tangan miang habis sebab mencari buluh, mak yang takut-takut nak guna mesin kelapa lagi, Abah memandu sampai ke Jerantut semata-mata nak cari daging kerbau , persiapan demi persiapan dilakukan untuk menyambut tetamu.

Tetamu pula tak akan putus berkunjung dari pagi sampai ke malam, berterusan sehingga raya ke-3. (Mak memang sentiasa sibuk di dapur tika itu).

Sekarang? Wan dah tiada (meninggal dunia tanggal 15 Ramadhan tahun 2009). Jadi, persiapan pun ala kadar. Lemang beli ditepi jalan, kuih raya tunjuk. (raya orang moden begini barangkali) 

Beraya ebagai seorang dewasa, dan giliran kami pula menziarah saudara mara yang ada. Tidaklah semeriah dulu, raya sebagai orang dewasa ini-lagaknya perlu seperti orang dewasalah. Faham-faham sahaja.



2. Raya tahun ini sama seperti sebelumnya. Fahman Bakri (adik) beraya di perantauan. Gigih menyiapkan assingments dan menghantar submission di pagi raya. Biasalah, bila belajar di negara bukan Islam ini. Cuti Hari Raya Aidilfitri mana ada dalam takwim akademik mereka. Insya Allah tahun ini tahun akhir dia beraya di perantauan. 

Harap-harap tahun depan adik-beradik kami cukup korum untuk beraya satu keluarga kecil.



3. Raya tahun ini, ada penyeri- walaupun Fahman Bakri tiada di rumah, Muhammad Fahim bin Muhammad Farhan menjadi pengganti. (anak saudara), kakak Ipar pun ada (Kak Aiza). ya, abang yang dah kahwin tahun lepas, sudah ada anak lelaki.

Kami panggil sebagai Fahim Junior, sebab nama adik bongsu kami pun Muhammad Fahim juga (Fahim Senior)

Fahim Junior sudah pandai berjalan kala umur baru mencecah 11 bulan. Sekarang ini, kalau dia ada di rumah, memang riuhlah rumah Encik Bakri dan Teacher Pouziah tu. (abah dan mak saya).



Sebab?

Mak dan abah yang serius pun boleh pula berlawak bagai bila ada cucu seorang ni. Macam-macam suara dan bunyi comel keluar kalau mereka bermain-main dengan cucu mereka. he-he-he.

4. Raya tahun ini- saya beraya sebagai seorang pekerja. (malas sebenarnya nak bercerita kerja sebagai apa dan di mana) cukuplah sekadar- kedudukan kewangan saya sudah stabil dan Alhamdulillah, bayaran kereta tu pun dah langsai bulan ni. 




Sekarang duit bajet untuk bayaran bulanan kereta sudah saya berkira-kira untuk dilabur secara ansuran-Loan membeli tanah. (jadi, kalau ada mana-mana kawasan yang berpotensi tu-mohon roger-roger lah ya).


5. Raya tahun ini - lagu raya paling hancur saya kira. Buka televisyen, lagu sama sahaja tiap tahun, bila tiba lagu baru- lagu raya Bunkface paling mematikan semangat hari raya. 

Cuma ada satu lagu raya yang ada jiwa. Itupun terdengar di corong radio semasa memandu untuk cucuk duit raya. haha.

Tapi serius, lagu ini membangkit semangat hari raya Aidilfitri. 

Ada keikhlasan dalam lirik ini.


ini dia.








-Sekian wassalam-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.