Rabu, Ogos 21, 2013

Personaliti.

Assalamualaikum. 

Saya baru menduduki ujian inventori personaliti Sidek pada kursus yang saya hadiri kelmarin. Dulu Izzhar pernah bercerita tentang perkara ini. Agak membuatkan saya teruja juga, sebab 99% hasil ujian ini bertepatan. By the way- sesiapa ingin mengenali karakter saya yang bagaimana- inilah hasil markahnya.

  • Muhammad Fawiz bin Bakri.
  1. 99% : Ekstrovert -suka bergaul dengan orang.
  2. 99% : Analitikal - sensitif dengan persekitaran atau suka menganalisis orang.
  3. 30% : Autonomi - suka akan kebebasan sepenuhnya.
  4. 90% : Ketahanan- Tahan dalam aspek emosi, fizikal dan mental.
  5. 50% : Agresif - lawan kepada Asertif, perasaan orang lain dijaga.
  6. 80% :  intelektual - Suka akan aktiviti berilmiah.
  7. 30% : Introvert - Tidak suka bergaul dengan orang. 
  8. 99% : Pertolongan- Suka membantu, penuh simpati dan belas ihsan.
  9. 90% : Bersandar - suka bergantung dengan seseorang dalam membuat keputusan penting.
  10. 70%: Kritik Diri - Jenis mudah merendah diri, kerapkali berasa bimbang.
  11. 40% : Mengawal - Lebih suka memimpin dari dipimpin. (Saya bukan macam tu rupanya)
  12. 99% : Kepelbagaian- Suka kepada perubahan, adventorous.
  13. 80% : Sokongan- Keinginan untuk dikasihi, mendapat simpati.
  14. 99% : Struktur - suka akan suasanana kerja yang tersusun dan berstruktur, rutin serta terpeinci.
  15. 80% : Pencapaian - Bermotivasi tinggi dalam mencapai kejayaan, suka bersaing.
  16. 99% :  Kejujuran- jika kurang dari 50% bermakna cenderung untuk tidak jujur.



Sejujurnya kita tidak boleh menilai siapa diri kita. Cuma bila buat penilaian berasaskan model kajian ini, setidak-tidaknya kita boleh memperbaiki elemen mana yang kurang. Tak begitu?

P/S: Kerana Dirimu paling Berharga.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.