Ahad, Ogos 25, 2013

Olympus Has Fallen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sejak bekerja ni, makin kerap saya menonton wayang. Melepas tekanan mungkin. Salah satunya ialah filem ini.

Olympus Has Fallen. Sebenarnya secara tidak sengaja saya telah terbeli tiket filem ini. Hajat di hati mahu menonton filem Iron Man 3. Namun disebabkan tiket habis dan saya ini jenis tidak suka menunggu. Maka Cashier di kaunter mengesyorkan saya menonton filem ini. Katanya filem ini best. Tanpa membuang masa, saya beli tiket tersebut.


Tercari-cari juga poster filem ini di Midvalley ketika itu, tapi tiada. Maka saya membuat rumusan- cerita ini mesti gred B, tidak popular, tidak laku dan Saya ditipu oleh cashier itu. Tapi memikirkan tiket belasan ringgit telah dibelanjakan, saya pergi juga menonton filem ini.


Sekali tengok, filem ini adalah salah satu filem terbaik saya pernah tonton. Ceritanya begini.

Apabila Rumah Putih (Rahsia Kod Perkhidmatan: "Olympus") ditangkap oleh dalang pengganas (pihak Korea Utara yang menyamar sebagai delegasi sekutu Korea Selatan melawat White House) dan menyebabkan Presiden Amerika Syarikat diculik. 

Bekas pengawal Presiden Mike Banning bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan. Sebagai ahli pasukan keselamatan negara yang paling cemerlang. Mike pernah diangkat sebagai sahabat baik Presiden. Namun Insiden kemalangan kereta di Camp David pada Krismas tahun lalu yakni Mike Banning perlu memilih antara dua, sama ada menyelamatkan nyawa Presiden atau Isteri Presiden.


Dan sudah tentu pilihan itu kita telah tahu siapa Mike akan pilih. Dengan mengorbankan Isteri Presiden) menyebabkan Presiden yang terlalu mencintai isterinya kecewa lalu menukar Mike ke Jabatan Perbendaharaan.

Berbalik kepada Penawanan Presiden di Rumah Putih. Pihak Korea Utara berusaha mendapatkan kod nuklear kepunyaan Amerika Syarikat daripada mulut Presiden sendiri- pelbagai cara telah dibuat, Membunuh orang awam dengan kapal terbang perang, menembak mati Presiden Korea Selatan, dan Naib Presiden A.S sendiri, namun Presiden tetap berkeras.

Sebabnya reaktor Nuklear Amerika Syarikat berada di hampir seluruh negara- jika diaktifkan atau diletupkan, Perang Dunia ke-3 akan meletus.

Namun begitu, pihak Korea Utara juga tahu bahawa satu-satu kelemahan Presiden ialah darah dagingnya sendiri. Maka? mereka berusaha mencari anak lelaki presiden yang bersembunyi di dalam Rumah Putih Tersebut. Melalui anak lelaki yang boleh dijadikan sebagai umpan- menyebabkan presiden Amerika Syarikat membuka mulut.

Mike Banning yang memberi tunjuk ajar kepada anak presiden tentang selok belok rumah putih turut berusaha memasuki bangunan itu atas usahanya sendiri. Mungkin juga dia ingin menebus kesalahannya terdahulu dan menyimpan keazaman untuk melindungi ketuanya menyebabkan Mike bertindak sedemikian rupa.

Jika diteliti- filem ini adalah tipikal filem pro-Amerika yakni menyebarkan dakyah dan propaganda. Cuma, jalan cerita yang cantik, selain mampu membuatkan saya teruja seperti struktur serangan yang dilakukan serta bagaimana perkara ini dapat diselesaikan dalam masa sehari.

Salah satu kronologi kes bagaimana Rumah Putih yang gah itu berjaya ditawan adalah begini.

1) Pihak Delegasi Korea Selatan yang diketuai oleh Presiden Korea Selatan melawat Rumah Putih untuk membincangkan isu-isu tertentu. Kemudian berlaku kekecohan apabila dalam delegasi itu- ada pihak Korea Utara yang menyamar sebagai sebagai setiausaha, pihak pengawal keselamatan, ahli turus. Akhirnya Presiden ditawan oleh pihak Korea Utara.

Pada masa yang sama berlaku serangan Kapal Terbang Perang yang menyamar sebagai kapal terbang kargo melintasi ruang udara Washington D.C dan menembak orang awam secara membabi buta. Oleh itu dua kekecohan berlaku pada masa yang sama.

2) Selepas Kapal Terbang Perang tersebut berjaya ditumpaskan dan keadaan kembali reda- bom yang dipasang pada lori-lori sekitar rumah putih pula meletup dan menyebabkan keadaan kembali kucar-kacir.

3) Ketika ini, pengganas Korea Utara yang menyamar sebagai orang awam mula menembak secara rambang dan menerpa masuk ke Rumah Putih. Akhirnya Rumah Putih berjaya ditawan.

Terdapat juga bahagian-bahagian tertentu yang saya tidak jangka ianya akan muncul.

Bagi saya anda perlu tonton filem ini jika boleh dimuat-turun (download). Sebab? Filem ini dah lama released- Bulan Jun lalu kalau saya tidak silap :)







P/S: Sebahagian petikan gambar dari filem Olympus Has Fallen






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.