Jumaat, Ogos 30, 2013

Masalahnya.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya baru selesai menyemak tugasan pelajar secara online. Sejak bekerja hampir setahun ini banyak juga perkara yang saya belajar. Bagaimana mahu buat surat amaran pertama dan kedua, cara mahu menyediakan fail meja, fail P&P dan sebagainya.

Oh ya-Saya bekerja sebagai apa?


Guru Bahasa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ya rezeki saya tertulis disini. Mungkin selama 36 tahun saya akan menabur khidmat di sini jika dipanjangkan umur dan diizinkan oleh Rabbul Izzati.


Berbalik kepada semakan tugasan secara online, saya juga berfacebook. Sesekali menjeling jika ada info menarik dimuatkan di garis masa. Tiba-tiba mata tertancap nama seorang junior satu asrama di chatbox.

Muda beberapa tahun- tapi agak rapat. Kami kawan seperti mana yang sepatutnya begitu, adik-abang angkat? saya tak main. haha.

Junior ini sudah melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti di Utara Malaysia. Saya pun mula menyapa. Berborak, bercerita tentang zaman nakal hostel dulu. Curi makan Maggi, ponteng waktu prep, merayau tak tentu hala selepas solat Maghrib, dihambat dengan penyapu oleh Tok Imam Ropi. Macam-macam.

Kemudian dia bertanya khabar saya. Saya bercerita detik-detik bagaimana saya boleh masuk UPSI.

Seakan teruja Dia dengan spontan meluahkan  bahawa betapa beruntungnya saya- apa yang saya cita-citakan selama ini tercapai. Dia ingat lagi kata-kata saya ketika zaman hostel dulu.. dan saya akhirnya berjaya mencapainya.


Saya terkesima, terkedu.. hilang kata-kata...

Masalahnya..


saya sendiripun tidak ingat apa yang saya cakap kepada dia tu.

haha~!




P/S: Dia beritahu- saya cakap mahu jadi cikgu Bahasa (Melayu atau Inggeris) bila dah dewasa nanti. Sepertimana ibu dan bapa saya.. 


Alhamdulillah~

:)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.