Isnin, Ogos 19, 2013

Mabruq ya sahabat.

Assalamualaikum.w.b.t.

Nama diberi Noraini binti Munawar- Permata Kelab Debat UPSI. Banyak kali mengharumkan nama baik UPSI dalam arena pengucapan awam. Sama ada sebagai pendebat, pemidato, serta tenaga kerja di belakang tabir. 18 Ogos 2013?

Pada tarikh itu, beliau telah Sah dan selamat menjadi isteri orang. Membina masjid pada usia yang agak muda, saya doaka moga beliau berbahagia selalu dan sentiasa diberkati. Banyak sebenarnya kenangan kami sebagai debatter UPSI.

Pahit manis mengharungi pelbagai cabaran mendewasakan kami. Tengoklah- dah kahwinpun. hahaha. Pahit manis berjuang mengadakan program debat itu dan ini, meneroka ke  pelbagai Negeri atas nama debaterr, Bergaduh kecil sebab tidak sependapat dalam mencari konsep dan hujah debat. Buat aktiviti makan-makan santai, berkelah kala kebosanan, open house raya di rumah presiden- Nadia, berbasikal di Proton City, Aktiviti berkayak dan sebagainya. Kami ini... ibarat seperti adik-beradik. Rapat- namun dalam keterbatasan sebagai sahabat.

Gambar di bawah? Noraini Ahmad merangkap kawan saya yang edit. Diabadikan sebagai hadiah kahwin. Saya? tukang upload sahaja.

By the way- Inilah Nuraini Munawar. Permata KDBM UPSI.

:)







Moga sentiasa dibawah lembayung rahmatnya. Mabruq Cikgu Nora dan suami. :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.