Jumaat, Oktober 12, 2012

Cinta Dalam Hati






Mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku.

Ku ingin kau tahu
diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja.
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap sahaja.



Khamis, Oktober 11, 2012

Doakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah dengar tak istilah ini?

'Selalu menjenguk tapi tidak menyapa.'

Ya, saya selalu menjenguk blog ini, tapi tatkala saya mahu menaip sesuatu, seakan-akan ilham menaip itu tersekat. daripada bulan Januari 2012 hingga Oktober 2012, tempohnya 10 bulan. Pelbagai perkara yang telah berlaku dalam diri.

Namun, biar perkara itu tersimpan erat. Tidak perlu dihuraikan apa yang telah berlaku. Pun begitu, saya tetap optimis- pandang ke hadapan, sesekali menoleh jua ke belakang- mengingati asal usul sendiri.

Alhamdulillah atas rezeki mu Tuhan. Doakan yang terbaik.


-Menulis lagi? Insya Allah...