Ahad, Disember 18, 2011

SAYA BENCI R!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya tahu, saya jarang menulis di blog ini. Thesis menghambat diri. Itu sahaja. Nak bercerita mengenai R.


Saya kenal R. Dia suka menghantui hidup manusia lemah seperti saya. Pun begitu..

Saya benci R

sebab R lah yang menjadi penyebab ramai orang gelisah, R suka bermain-main dengan jiwa, resahnya tatkala R menghilang akan menyebabkan fikiran seseorang boleh jadi tak tentu arah. Penangan R memang parah, hati perempuan pun bergetar, lelaki? jangan cakaplah.. Boleh hilang pertimbangan jika kehilangan R. R begitu istimewa.


Saya benci R

Sebab R lah yang menyebabkan lelaki kacak di luar sana kehilangan sifat kelelakiannya. Di Universiti ini, Pernah sekali saya naik lif yang sama dengan seorang lelaki, disampingnya ada R. Nak termuntah rasanya bila melihat lelaki itu dengan R. Saya tak boleh.. lihat pun dah benci, apatah lagi bila berada berdekatan. Saya akui.. R mungkin ada tarikan yang tersendiri tapi pada masa yang sama, saya tak boleh menerima. Lelaki kacak hilang kelelakianya dengan penangan R. PERCAYALAH. Lelaki itu lebih berharga tanpa R pun..


Saya benci R

Tatkala saya menulis entry ini, saya terfikir juga, zaman sekolah dulu, rakan-rakan saya suka 'berdating dengan R' di belakang sekolah adalah tapak projek pertemuan cinta. Dan tak pernah serik walaupun pernah ditangkap oleh Guru disiplin sekolah, rakan saya dirotan. R terlepas.. R hanya duduk tersenyum sinis di atas meja. Mengejek. Kami tahu, Cikgu Disiplin pun apa kurangnya, suka dekat R juga! cuma kami ini budak-budak, alasan klise. Tapi walaupun dirotan berulang kali, mereka tetap memuja R.


Saya benci R

Tatkala saya menulis entry ini, saya nampak rakan serumah saya duduk berdua-duaan dengan R. Asyik di beranda rumah. Saya tahu.. mereka dah melepasi had umur, dah dewasa tapi silalah jaga privacy orang lain juga.. Saya tidak boleh.. dan saya tidak mampu menegur.. Itu hak anda.. Bau dia.. sudah memeningkan kepala..

Maka..

SAYA BENCI ROKOK!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.