Selasa, Disember 20, 2011

AA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Membelek laman facebook, jika sehari, bersemangat mengikuti perkembangan, bila sudah masuk hari ketiga, mula rasa muak, bosan. Hampir 70% rakan-rakan facebook updates, komen, like tentang AA.

Siapa AA?

Adam Adli.. Mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera Perdana Menteri ke-6 selama 5 minit. Dimana? di PWTC setelah menyerahkan memorandum kepada Dato Saifudin. Bila? pada 17 Disember lalu.

Saya tidak kenal secara rapat, atau berkomunikasi secara langsung dengan AA, hanya berjumpa sekali sekala, di dalam lif, kampus dan sebagainya. (itupun terserempak, bertegur sapa tidak.) Entah.. mungkin saya kurang berminat tentang politik kampus, saya dengan dunia saya manakala dia dengan dunia dia.

Pun begitu pelajar TESL ini pernah mengegarkan rapat umum UPSI dengan gelombang Kuning. Dialah pelopor Legasi Mahasiswa Progresif. Sehingga suara 'HIDUP-HIDUP, MAHASISWA' berkumandang di segenap penjuru.

Dia dengan perjuangannya, mereka dengan perjuangan mereka, apa yang rasa betul.. betul lah di sisi masing-masing. Saya yang di tengah? menilai yang mana benar dan salah sahaja..

Minggu lepas juga kes AA ada tersebar. Tapi AA yang lain. Aliff Alfian.. mengemparkan bukan sahaja keluarga, malah rakyat Malaysia denga Perkahwinan sesama gender di UK. Dia juga berjaya Melambakkan hutang ratusan ribu di pundak ibu bapanya yang menjadi penjamin bagi pinjaman boleh ubah PETRONAS.
Kasihan..

Dua minggu ini, wall facebook saya dipenuhi dengan AA..

Dan saya yakin serta percaya, kedua-dua entiti ini akan dijadikan sebagai fakta kes dalam Pertandingan Debat Diraja yang berlangsung di USM bulan Februari 2012 nanti..

itu pun jika ada usul debat berkaitan AUKU atau mentaliti mahasiswalah..

MAHASISWA POWER,

AUTONOMI UNIVERSITI..

dua perkara hangat pada masa kini..

Mohon Permisi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.