Selasa, Oktober 25, 2011

Kalau cakap takut kecil hati, tak cakap makin menjadi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Chatting Facebook

B     : Cikgu.. cikgu nak tahu? A nak tumbuk cikgu R tadi..


Saya: -sekali lagi? =.="


Baiklah, dalam kondisi seorang guru muda, bagaimana kita perlu melayan hati para remaja, yang melonjak-lonjak mahu itu dan ini, yang mahu mencuba semua perkara. Seperti dunia ini mereka yang punya, berlagak mereka tahu semua benda, ibarat garam selautan sudah dirasa?


Senang sahaja: Lempang nak lempang? titik.


Sebenarnya, punca tipikal: mereka ini perlukan perhatian, suara mereka perlu didengari. Di rumah, umpama suara mereka ini ada pun tak apa, tidak ada pun tak apa, Ibu Bapa adalah Pemegang Kuasa Veto Keluarga, segala keputusan ditangan mereka. (Namun  ingat, keputusan ibu bapa adalah yang terbaik.)


Mahu lepak di Pavilion? jika emak tak bagi pergi, dan ayah tak bagi duit, maka anak sudah terhukum- jiwa mereka bilau, terus memberontak. Sikap ini dibawa ke sekolah, mempengaruhi rakan-rakan, maki sana sini, menjawab itu dan ini. maka guru perlu pejam mata sahajakah?


Kalau cakap, takut kecil hati, tapi kalau tak cakap makin menjadi!


Entahlah, dalam kondisi seorang guru muda, rapat dengan pelajar- nanti dilabel sebagai gatal, suka cari populariti, semasa praktikum dahulu Cikgu senior ada menasihati: kita ini sebagai guru perlu ada gap antara pelajar dan guru. Nanti bila mereka naik lemak, susah nak sental. 


Tapi bagi saya pula, jika dibuat benteng, nanti susah pula mahu mengajar. Akan ada rasa segan silu, tak mahu dengan cikgu yang cetek ilmu, nak cikgu yang lebih tuaa.. ilmu nya cukup di dada. Cikgu muda belia ini ibarat seperti abang dan kakak mereka sahaja. Dengar tidak dengar sahaja apa yang dicakap oleh cikgu. Abang Long dan kakak ipar duai mereka pun lebih tua dari cikgu barangkali. Bila ada gap, makin jauhlah cikgu dengan pelajar.


Maka dalam keadaan ini, Perhatian daripada guru memang menjadi. Puji sikit, bagi naik semagat, maka mereka mula layu buat kerja, suarapun tidak senyaring membingit telinga memekik sana sini. Tangan memengang pen buat kerja. Kalau bagus, cikgu bagi pujian berganda. Pendapatnya dijulang seantero kelas, hebat-hebat-hebat... seperti suaranya didengari. Matlamat tercapai. Win-win situation. Guru mudah untuk mengajar, jiwa remaja mereka pula puas.

Namun dalam keadaan cikgu memberi perhatian lebih itu,takut ada hati lain yang terabai. Saya bakal cikgu sekolah, bukan cikgu persendirian,  jadi purata 1 kelas ada 40 nyawa, jika hanya 1 orang diberi perhatian lebih, 39 orang lagi akan kata itu dan ini. Saya tahu bab itu sebab sudah merasa. Namun jika dibiarkan takut makin hanyut sesat. Sayang seribu kali sayang. :)


Tapi, kontra itu mesti ada. Kalau diberi perhatian juga, lemak akan berlapis-lapis naik mendadak, seperti terkena obesiti. Dalam keadaan ini memang sudah susah untuk mengawal, tidak ada gap, tidak ada rasa hormat, tidak ada rasa segan, seperti dia sudah sebaya dengan cikgu, boleh dibuat kawan.


Cikgu tegur buat endah tak endah, cikgu cakap sikit, menjawab panjang berjela. Kaunselor cakap, Mungkin itu kebiasaannya di rumah-menjawab dengan orang tua.



Biasakan yang salah, maka salahlah jadinya. Jika ditegur, melenting. 'Bagus' bukan?


-Sayang seribu kali sayang. Jadi Bagaimana ya? 




2 ulasan:

  1. cuba dan cuba lagi. tidak ada manual dalam perhubungan guru dan murid. itu yang indahnya. segalanya terserah pada individu tersebut.

    tapi yang penting, kita hormat pada anak murid, insyaAllah, mereka akan hormatkan kita.

    ada benda2 yang kita tahu tentang mereka, tapi tak perlu kita ungkit atau sebar, dan layan mereka seperti mana kita mahu orang lain melayan kita.

    BalasPadam
  2. saya akan cuba melakukan yang terbaik! ^^

    BalasPadam

Tulis-Tulis, nanti saya balas.