Ahad, Oktober 02, 2011

Luruskan niatmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama tidak menulis, ceritanya ada.. sentiasa ada. Cuma kesibukan memakan kudrat, Kudrat tiada membuatkan diri terasa malas, terasa malas nak mengetuk papan kekunci, malas mahu menyusun ayat. ya, saya malas.. malas nak berfikir. Maka cerita-cerita itu hilang begitu sahaja.

Apapun, saya tertarik ingin menyentuh tentang 'Hala Tuju'.

Semalam saya dijemput untuk menjadi Juri pertandingan Pidato Kempen Indahnya Hidup Tanpa Zina anjuran Kolej Aminudin Baki. Ramai juga pelajar-pelajar UPSI yang menyertai.

Ada seorang pelajar dari Acheh ini mengambil bahagian, dia berpidato, biarpun tidak mengikut format pidato yang hakiki, namun isinya ada. Semuanya terhambur dari mulutnya tanpa teragak-agak. Lancar.

Katanya, apakah hala tuju kita datang kemari?

kemari, maksudnya ke Universiti, adakah kita mempunyai hala tuju yang lurus, yang sebenarnya mampu membina anak bangsa atau telah terpesong jauh dari Niat Sebenar. Sungguh, isinya mendalam, dan sarat.


Saya teringat 3 hari lepas saya ke SMK Bukit Sentosa, Rawang, memenuhi undangan Kelab Orator di sana. Beberapa minggu sebelum itu, mereka ada datang ke UPSI, menyertai Pertandingan Debat Piala Suluh Budiman. Mereka menginap di Rumah Tamu Kolej Ungku Omar.


Berbalik cerita saya di SMKBS. Ketika itu, saya disapa oleh seorang pelajar tingkatan 2. Katanya dia mahu masuk UPSI, sebab? Rumah di UPSI best.. ada aircond, ada peti sejuk, sofa yang besar, TV.


saya tergelak kecil, saya jawab, itu di rumah tamu sahaja ada semua itu, di rumah-rumah asrama biasa mana ada aircond, oven, peti ais. Lagipun bayaran untuk bermalam di rumah tamu agaklah mahal, RM 180 untuk semalaman.

Budak itu jawab: Lah~! ye ke? baru ingat je nak masuk UPSI, kalau macam tu tak jadilah.

Nora menyampuk: Habis tu, kau ingat di U lain adalah rumah asrama macam tu untuk student ya?

Dia sekadar tersengih.

Saya tersenyum.. Nak masuk UPSI semata-mata inginkan penginapan yang selesa. Alah, budak-budak apa yang dia tahu sangat..

Apa-pun,

* Luruskan niatmu masuk ke sini, agar segenerasi yang bakal dibina mampu membina negara pula.

:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.