Ahad, Ogos 14, 2011

Patah Tumbuh.

Assalamualaikum.


Kembali menulis, saya kira Ramadhan sudah lama menjengah. Sudah masuk dua minggu. Makanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk kita menyambut Syawal.


Dua minggu.


Cepatnya masa berlalu.. 2 Minggu selepas saya memulakan praktikum, Musfirah Hasan, junior debat saya ada cakap," kejap je 4 bulan tu.. Nanti lama-lama Abang Fawez biasalah dengan budak-budak tu. Memang sekarang abang Fawez tak boleh terima gaya diorang, cara diorang, diorang kan budak bandar besar. Memang macam tu. Tapi tengok laah.. bila abang Fawez dah nak habes praktikal. Abang Fawez pasti akan rindukan diorang. "


Saya hanya mentertawakan mesej Musfirah sahaja. Saya balas, "iya-iya aje kan? tengok gaya dan budaya mereka macam ni, susah betul nak di asimilasi kan dengan minda."


Musfirah balas lagi, :''Fine, kalau betul ape yang kite cakap nie, abang Fawez kena belanja kite makan."


Sekali lagi saya tertawa.. Hati sedang menjeruk rasa dengan kejutan demi kejutan melihat perangai budak-budak ketika itu.


Anggerik Ungu mula berkembang,
Menguntum indah di desa permai,

Hati tertumpu di tempat bertandang,
kasih dan sayang mula tersemai.


Kembang Melati menjelang subuh,

cantik memutih ketika panas,
tertinggal hati tempat berlabuh,
tandanya kasih sudah bertunas.



Nampak gayanya saya perlu belanja Musfirah Hasan makanlah lepas ni. Dua minggu lagi, cepatnya masa berlalu. Seakan belum puas mengajar mereka, belum bersedia untuk meninggalkan mereka. Kalau yang lain, mungkin betapa seronoknya menghabiskan sisa-sia praktikum. kan?


Apa pun, Patah tumbuh hilang berganti, Kenangan jua pengubat hati..


Salam Ramadhan...




3 ulasan:

Tulis-Tulis, nanti saya balas.