Selasa, Julai 12, 2011

Surat Cinta Kepada Cikgu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Istilah surat cinta kepada cikgu selalu dikaitkan dengan surat relief kelas. Namun kes saya ini berbeza.. saya mendapat surat cinta daripada pelajar saya hari ini. Teruja? Gembira? Suka? Terkesima? semua rasa ini bercampur gaul sebati. Umpama doh karipap kantin sekolah yang rangup itu.


Surat-surat ini telah dititipkan oleh pelajar-pelajar saya dengan sejujur-jujurnya. Saya juga menyalin bulat-bulat apa yang mereka tulis. Maaflah jika ada salah ejaan ya.


# Surat 1

Komen: 

Saya rasa cikgu telah mengajar saya dengan baik

cadangan: 

saya rasa cikgu akan melebihkan aktiviti sukan seperti bola sepak dan lain-lain.



# Surat 2

Komen:

Saya nak cikgu jangan banyak marah dan saya tidak suka cikgu marah budak. Cikgu terlalu serius buat kami.

Cadangan: 

Saya nak setiap kali PJ saya ingin bermain bola sepak. Itu sahaja yang sama mahu. 



# Surat 3

Komen:

Bagus kerana cikgu bersikap tegas sewaktu mengajar.


Cadangan:

maintain ketegasan cikgu supaya semua orang dapat belajar dan mendapat A dalam peperiksaan dan jangan terlalu cepat membaca nota. Saya dapat belajar sekiranya cikgu bersikap tegas semasa mengajar.


# Surat 4
Komen:

Sangat bagus

Cadangan:

Memperbanyakkan kuis dan kena garang. Perlahan percakapan ketika memberi nota atau soalan.



# Surat 5

Komen:

Saya tak nak banyak belajar dan saya suka lambat belajar.

Cadangan: 

Saya nak cikgu salin nota atau apa-apa asalkan perlahan.



# Surat 6

Komen:

Cikgu Fawiz mengajar memang best. Cara cikgu mengajar memang betul. Tapi Cikgu terlalu pantas.

Cadangan:

saya cadangkan cikgu janganlah mengajar dengan terlalu pantas. Itu menyebabkan saya kurang memahami apa yang cikgu ajar.




# Surat 7.

Komen:

Baik n boleh la n terbaik


Cadangan:

memperbanyakkan kuiz di dalam kelas pada waktu PJK hari Rabu dan lebih garang di dalam kelas.



# Surat 8

Komen:

Cikgu mengajar okey. Saya tidak berasa bosan. Teruskan usaha cikgu. Saya senang dapat apa yang cikgu ajarkan. Cikgu sporting dengan kami.


Cadangan: 

Saya harap cikgu tegas dan serius sikit sebab diorang tak bagi tumpuan.



# Surat 9
Komen: 

Terbaik

Cadangan:

kena garang, tegas, banyakkan soalan dan perlahan percakapan ketika memberi nota.




# Surat 10

Komen:

Cikgu mengajar membosankan

Cadangan:

Cikgu mesti mengubah cara. Cadangan dengan membuat permainan seperti kuiz atau ala PJK. Cikgu mesti selalu ceria dan menegur dengan baik jika terdapat salah seorang dari kami membuat kesalahan. Jangan cakap terlalu laju ketika membaca nota. Jika cikgu relief jangan mengajar dan kawal keadaan di dalam kelas.



# Surat 11

Komen:

Saya faham akan cikgu mengajar.

Cadangan:

Bagi kuiz selepas belajar.




# Surat 12

Komen:

Cikgu nie baik & tegas owangnye. tapi cikgu nie agak membosankan. Kadang-kala cikgu nie enjoy. Bile cikgu mengajar saya kurang faham apa yg cikgu ajar. tapy thanx arr kerana mengajar saya.


Cadangan:


1) Lawan futsal antara laki & perempuan
2) Memberi hadiah kepada murid2 yang berjaya
3) Kami nak cikgu memperbaiki sikap cikgu yg tegas @ terlalu tidak sporting.




# Surat 13

Komen:

Cikgu nie mengajar terlampau tegas dan tidak begitu spotting.

Cadangan:

Kami nak cikgu memperbaiki sikap cikgu agar lebih spotting untuk mengajar kami.



# Surat 14

Komen:

Cikgu kadang-kadang sporting, kadang-kadang garang. Tapi saya bolehlah faham ape yang cikgu ajar. kalau boleh cikgu ajar janganlah garang sangat.

Cadangan: 

Cikgu ajar janganlah garang sangat, jangan marah-marah, jangan cepat amik ati.



# Surat 15

Komen:

Cikgu tidak garang dan menyebabkan murid selalu membuat bising serta tidak menghormati cikgu.

Cadangan:

Cuba cikgu sedikit garang jika murid membuat bising. Tabahan pula, cuba baca perlahan-lahan jika cikgu tak nak tulis.



# Surat 16

Komen: 

Saya nak selepas habis pembelajaran BM tinggalkan 5/10 minit untuk cikgu membuat ejaan macam Cikgu Fazil dan sape menang dalam ejaan itu bagi die hadiah gula2x.

Cadangan:

Saya harap cikgu dapat memahami komen saya.




# Surat 17

Komen:

Cikgu seorang yang garang, takde langsung kelakar. haha. Jgn amik aty. Pelajaran yang cikgu ajar saya bolehla. Cikgu tak sporting. Tapi kadang-kadang je cikgu funny. he..3. Terbaik woo! Xd


Cadangan:

Cikgu kene ajar dgn baik, jgn marah-marah (no angry) jgn cpt amik aty. to jea. Thank You. <3 Haha ! ^^, Funny SelalO... (what so Funny) <3



# Surat 18

Komen: 

Cikgu ajar laju sangat.

Cadangan:

Saya mahu cikgu ajar perlahan-lahan.





# Surat 19

Komen:

Cikgu mengajar bagus. Semua yang cikgu ajar boleh saya fahami.

Cadangan:

Mengajar jangan terlalu pantas dan banyakkan buat kuiz.





# Surat 20

Komen:

Bagus. Walaupun cikgu nampak serius tapi Cikgu okey. Faham apa yang cikgu ajar. Tapi bila cikgu baca noota terlalu cepat.

Cadangan:

Baca nota perlahan sedikit.




# Surat 21

Komen:

Setiap hari Jumaat Main futsal. Setiap hari waktu cikgu, jangan marah sanggat. cikgu mesti sporting.

Cadangan:

1) Saya nak cikgu ajar dengan baik dan tiap kali cikgu suruh kita menyalin cikgu mesti baca perlahan.

2) Setiap hari Rabu cikgu tunjuk video KOMSAS.




Habis...


21 surat kesemuanya.. Ketika ini saya relief tingkatan 1 Ariff. Saya tengok mereka tiada kerja, Jadi saya bagi kerja. Menulis esei pendek (memang pendek pun) mengenai cara saya mengajar dan cadangan.


Rata-rata menyatakan saya garang dan tidak supporting, atau serius...  Kenapa perlu marah? (Macam mana tak marah kalau ketika mengajar, mereka asyik bercakap.. kan?)


yang cakap saya tidak cukup garang? mungkin pelajar 1 Bestari. Kerana cikgu BM mereka agaklah garang ketika mengajar. Jadi bila sudah naik tingkatan ini, perbandingan itu ada.. :)


Ada yang cakap mereka faham apa yang saya ajar, ada yang cakap tidak faham.. Mungkin ada yang jujur dalam bab ini dan begitu juga sebaliknya. 


Sebab


Mereka Tak faham mungkin kerana tidak memberi tumpuan. Ada yang Faham mungkin juga sekadar atas kertas- menyedapkan hati saya. Terlalu subjektif. Mudah-mudahan mereka memahami apa yang saya ajar..


satu sahaja- mereka sepakat, saya membaca terlalu laju ketika memberi nota. Memang saya tidak suka menulis di papan hitam, saya lebih selesa membaca. Baik, akan diperbaiki.


Kuiz, akan diperbanyakkan.. gula-gula? Insya Allah walaupun saya tidak gemar menggula-gulakan mereka. Futsal ketika PJK? kalau anda bersikap baik, apa salahnya.. namun lelaki dan perempuan main asing-asing.. Saya cikgu BM, PJK dan terbaru Seni Visual.


Apa pun, Alhamdulillah setelah dua bulan praktikum, saya ada masa lebih kurang 2 bulan lagi untuk memperbaiki diri. :)


Surat cinta? saya kira ini surat saman. :)

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. ko bukan garang nih aku rase..
    ko lebih kepada menyentap
    #sentaphatimaknak#

    BalasPadam
  3. nyentapppp... ahahaha.. memang aku tak kuasa nak garang-garang sangat. budak tu bukan over sangat pun. still boleh dibentuk.. :)

    BalasPadam

Tulis-Tulis, nanti saya balas.