Jumaat, Julai 15, 2011

Gelak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


"Asyik gelak je, saya mengajar awak gelak, saya marah awak gelak, bila masa awak tak gelak??"


Nyaring bunyi suara cikgu Sains dari Makmal. Saya yang lalu di kaki lima hanya mendengar sambil lalu sahaja.


Terfikir juga, apa sahajalah masalah mental dalam kalangan budak-budak sekolah zaman sekarang, serba-serbi cakap guru digelak ketawa. Tapi bila saya fikirkan balik, mungkin ada sebab musabab mereka tergelak. Saya tahu, apa yang cikgu mahu sampaikan adalah benda yang serius, bukannya lawak jenaka. Namun bagi pelajar sekarang, itulah jenaka.


Contoh:


SAYA TIDAK MAHU... TINGKATAN 1A..... BERTANYA SOALAN BODOH LAGI! FAHAM??

(kelas senyap.. membisu)

INI BUKANNYA KELAS HUJUNG, SOALAN BODOH TIDAK SEPATUTNYA DITANYA DALAM KELAS INI!


CONTOH SOALAN BODOH YANG SUKA SANGAT KAMU TANYA!

CIKGU~! TULIS NOTA DALAM BUKU KE?

MEMANGLAH TULIS DALAM BUKU, TAKKAN NAK TULIS DI DAHI AWAK!

(Kelas Mula riuh dengan gelak-ketawa)

APA GELAK-GELAK??, SEKALI LAGI GELAK, SIAP!

HARITH NI PUN LAGI SATU,

CIKGU~! YANG NI TAMPAL DI BUKU KE?

TAK KE SOALAN BODOH TU?

MEMANGLAH TAMPAL DI BUKU, TAKKAN TAMPAL DI PIPI KAMU!

(Kelas terhenjut-henjut bahu menahan gelak-ketawa)

SIKIT-SIKIT CIKGU, SIKIT-SIKIT CIKGU, ITU CIKGU, INI CIKGU!

KALAU MACAM NI, USUNG CIKGU KE HULU HILIR. SENANG!

(terus terhambur ketawa!)

contoh lain:


BISINGLAH KAMU EMPAT ORANG DI BELAKANG INI. AWAK TAHU TAK, KELAKUAN AWAK NI MENGANGGU TUMPUAN SAYA NAK MENGAJAR!.

TAK KASIHAN KE KEPADA KAWAN AWAK YANG LAIN MAHU BELAJAR?!

(mula senyap.. seakan reda dengan menunggu hamburan seterusnya)


LAIN KALI SAYA TAK MAHU KAMU BEREMPAT DUDUK SEBARIS DI MEJA. SAYA BAGI AMARAN, ESOK SAYA TAK MAHU TENGOK KAMU DUDUK BEREMPAT MACAM NI. SEMUA KENA BERPECAH.


HAFIZUDIN, DUDUK DI DEPAN SEKALI SEBELAH IFFAH.

ISYRAQ DUDUK DI TENGAH NI, SEBELAH PELAJAR PEREMPUAN.

HARITH, KAMU DUDUK DI TEMPAT ASAL.


HAFIZ PULAK  DUDUK DITENGAH DEPAN NI SEKALI DENGAN FILZAH  DI KIRI DAN AISYAH DI KANAN!


BIAR SAYA KAWENKAN KAMU SEMUA!

NAK?? KAWEN DUA SEKALI GUS.

(Kelas mula riuh dengan gelak ketawa).




itulah, kadangkala kata-kata kita ini terkeluar tanpa di sangka-sangka. Kita mahu serius namun kata-kata yang keluar dari mulut adalah seperti lawak jenaka spontan pula. Jadi kalau ketika cikgu marah-marah dan pelajar gelak, Sabar sahajalah. Mungkin ada perkara yang mencuit hati mereka keluar dari mulut kita.


kan?







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.