Sabtu, Jun 18, 2011

Yang menarik pada minggu ini.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Internet. Masalah saya sekarang, sekejap elok, sekejap tidak. Kadangkala menguji kesabaran juga. Mungkin sebab itulah saya jarang menulis. Namun sementara masih berada atas talian ini, saya coretkanlah apa yang terkumpul dalam seminggu ini.



Hadiah

Pelajar sekolah ini beruntungnya jangan cakaplah, komited guru terhadap mengadakan pertandingan itu dan ini khusus anak pelajarnya usah dipertikaikan. Sangat komited. Maka bila ada pemangkin sebegini, pelajar yang masuk akan mendapat hadiah yang sangat banyak dan cantik.


Bayangkan, semasa perhimpunan rasmi sekolah, satu jam lebih masa diambil untuk majlis penyampaian hadiah sahaja. Sila kira berapa banyak kategori, pelajar dan hadiah bertukar tangan. Seorang pelajar mendapat 4 hadiah kerana menghantar penyertaan paling banyak. Sangat dimanjakan. Yang penting, masa untuk saya mengajar karangan di Tingkatan 1 Arif, 'burn' begitu sahaja.



Ular.

Selepas mengajar Aktiviti PJK di padang, tiba waktu pulang, sebelum itu, saya mengalih kereta dari padang ke tempat parkir berdekatan dengan pejabat. Sebaik sahaja keluar dari kereta, saya melihat ada dua orang pelajar berada di sebalik pokok bunga.


Saya pergi melihat apa yang mereka buat di sana. Rupa-rupanya mereka menangkap Ular. Tanpa rasa geli geleman, mereka memengang badan ular jelas bersisik hijau hitam dan cepat-cepat memasukkan ke dalam beg. Saya menyuruh mereka membuang ular itu, tidak diendahkan dan beredar.


Seperti yang dijangka, keesokkan harinya, Cikgu R bising-bising sebab ada pelajar bermain-main dengan bangkai Ular. Saya apa lagi, berkejar ke kelas budak itu, budak itu melarikan diri ke bawah. Menyingalah saya untuk kesekian kalinya. Hasilnya, ada Batang Penyapu Patah. Yang pasti bukan digunakan untuk memukul ular. Walau bagaimanapun tiada sesiapa yang cederapun..



Salinan Nota.

Disebabkan banyak masa mengajar saya dekat-dekat dengan waktu solat dan perhimpunan, 10 - 15 minit sudah hangus begitu sahaja. Maka? kadang kala tidak sempat pun untuk aktiviti dan set induksi yang bersesuaian. Apa yang mampu, saya menyuruh mereka menyalin nota dan membekalkan kerja rumah.


Masuk ke tingkatan 2 Ariff. Saya menyuruh mereka menyalin nota, ada yang menyalin ada yang bermain-main. Puas disuruh, tapi buat-buat tidak tahu. Selesai proses menyalin, masa tinggal 2 minit. Maka saya meninggikan suara, siapa yang tidak menyalin nota tadi, berdiri!


Mereka yang berkenaan tidak berganjak.


Saya kata berdiri! Berdiri!


Baru bangun dengan muka toya. Tiba-tiba seorang pelajar memberitahu: Cikgu masa dah habis.. (dengan harapan, bakal terlepas hukuman.)


(tersenyum sinis) Memang masa saya sudah habis, tapi sekarang saya relief Kelas kamu, ini masa Matematik kan? Cikgu K tiada di sekolah. Jadi saya menyambung masa lagi di Tingkatan ini. Sila Kesali!


Akhirnya... (tidak perlu diceritakan apa yang berlaku. Fahami sendiri)


:)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.