Ahad, Februari 20, 2011

cakap tidak serupa bikin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*Nota: ini salinan penulisan dari blog kedua saya LIFE LIKE THIS. Jika ada suntingan pun, sekadar pembetulan daripada aspek morfologi sahaja.


Sudah dua hari saya ketinggalan isu pilihanraya kampus. Saya ada urusan di Kuala Lumpur. Tempoh masa berkempen juga sedikit amat. Rapat Umum di UPSI hanya dibenarkan berlangsung selama 3 hari sahaja. Esok akan dijadualkan mengundi.


Namun sempat juga saya mencuri peluang melihat rapat umum pada hari pertama di Kolej Aminudin baki. Itupun selepas latihan debat. Saya ini seperti kebiasaannya hanya memerhati dari jauh. (dengan penuh sinis kalau ada penyokong macam emosi atau calon terprovokasi).


Calon-calon MPP yang melaungkan manifesto dengan penuh lantang. Semangat yang berkobar-kobar. Saya harap, semangat itu tidak terkulai sekerat jalan atas nama tiket, manifesto gagal terlaksana, kerja dihalang oleh pihak atasan.


Selain itu saya juga dengar-dengar ada perarakan ala-ala demonstrasi menuntut reformasi daripada pihak atasan. Menarik! saya tidak pernah melihat demonstrasi diadakan di kampus. Gelombang kuning katanya. Dengan belon-belon kuning, sepanduk, ikat lilit. (Kalau ada maskot DIGI lagi bagus).


Tapi sayangnya saya berada di Ampang ketika itu. Saya harap demonstrasi menuntut reformasi ini bukanlah ilusi seseorang atau fantasi seseorang sahaja. Kalau benar nak lakukan reformasi, tunjukkan itu benar-benar pembaharuan. Kalau tidak, nanti timbul pula cakap-cakap belakang.


Contohlah - parti itu hantar 8 calon, yang menang 7, tetapi yang nampak buat kerja seorang dua sahaja. Bukankah itu sesuatu perkara yang tidak berapa baik untuk diumpat. (mengumpat memang tak baik, saya tahu itu). Tapi nak buat macam mana, dah depan mata.


Bagi saya, tidak salah untuk memperjuangkan manifesto yang meletup-letup, yang menjentik minda, yang bernas, namun tergalaskah? boleh dilaksanakah?


saya juga sama seperti anda, akan tertawa lucu jika ada manifesto yang remeh temeh seperti isu water cooler, pemasangan jubin di surau dan lain-lain, tapi jika terlaksana mungkin jadi kemudahan pelajar juga. secara tidak sedar, isu remeh inilah menyebabkan kebajikan kita juga terpelihara.


Saya akan berpuas hati jika ada melihat YB-YB yang komited buat kerja, kena pula YB itu salah satunya terhasil daripada undian saya dalam ribuan mahasiswa yang mengundi beliau. Undian yang tepat. Bagaimana pula dengan tersalah undi? 


Saya ini bukanlah apa, tolonglah. Saya penat tersalah pangkah, seringkali berlaku undian saya berpihak kepada orang yang salah.  Persoalannya salah sayakah? Bukan kah itu salah calon? yang bercakap perkara muluk-muluk. Berjanji itu ini. (Namun retorik semata). Maka salah sayakah? apabila mereka cakap tidak serupa bikin?


Anda yang membaca mampu menilai. Andaikata kita sudah menilai, dan memilih, namun siapa tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan (hatta sesaat yang akan tiba nanti bukan?)

:)




suasana rapat umum di UPSI, ada reformasi nampaknya
ada belon. dahulu tiada, ini pembaharuan juga kan?


P/S: antara penambahbaikan dan pembaharuan, saya pilih 'dan'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.