Jumaat, Januari 14, 2011

Perspektif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong


-Mutiara kata-


Laptop dan internet adalah medium alternatif saya menaip blog
Saya ini biasa-biasa orangnya. Tidak terlalu kompleks, dan tidak juga terlalu boleh diambil ringan. Masih merupakan seorang yang seimbang dalam pelbagai aspek. Jika dinilai melalui kondisi saya, blog adalah teknologi unik. Saya fikir, manusia yang mencipta blogspot merupakan salah satu manusia yang mampu memikirkan cara untuk memberi pandangan. Maksud saya dalam memberi pandangan adalah begini: Memberi pandangan tanpa kita perlu bersusah payah mencetak buku atau mencipta helaian demi helaian diari dengan tulisan tangan. Maka, Penulisan blog adalah satu perkara biasa, rutin harian dan menjadi kawasan autonomi bagi saya menaip dan mengingati, apa yang telah saya lakukan pada hari itu. (Atas kapasiti saya sudah mula berbloging semenjak semester dua lagi)


Maka saya berharap penulisan blog ini bukan sekadar penulisan diari harian yang biasa-biasa. Ianya lebih daripada sekadar alatan maujud untuk memenuhi tugasan penilaian markah individu dalam Subjek Sosiolinguistik. Saya fikir blog ini tidak akan terkandas di separuh jalan, atau terkulai tanpa pengisian setelah tamat semester enam ini. Saya berharap dengan adanya blog ini, saya lebih banyak memanfaatkan masa, dan menilai tahap berbahasa saya dalam landskap sosiolinguistik persekitaran saya. Insya Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis-Tulis, nanti saya balas.