Ahad, Januari 30, 2011

Masuk atau Minggu Suai Kenal? (MSK)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam laman sesawang Facebook ada aplikasi chatting. Pada kebiasaannya, pengguna akan menggunakan singkatan perkataan dalam aplikasi ini bagi menjimatkan ruang. Maka terpulang kepada otak untuk mentafsir sama ada perkataan itu sampai maksudnya ataupun tidak.

Oh ya, saya teringat kisah ini, ketika itu adalah cuti hujung semester 2010. Saya tidak pulang ke kampung disebabkan saya terikat dengan komitmen pertandingan Debat Diraja edisi 2010. Maka saya hanya tinggal di Kolej Kediaman.


Pada hari itu, iaitu sehari sebelum bermulanya minggu suai kenal (MSK) bagi pelajar ambilan Disember UPSI 20011. Konotasinya dengan chatting? ini dia.

Imran: Salam

Saya: Salam

Imran: PT Dah MSK?

Saya: Esk baru start MSK (saya tidak tahu apa maksud PT sebenarnya, mungkin PT itu adalah 'Patut' atau nama orang)

Imran: PTPTN msk esk? 'confirm' ke?

Saya: adoi, MASUK rupanya, aku ingatkan MSK itu MINGGU SUAI KENAL. Aku tak tahulah PTPTN masuk bila. (ketawa).

Imran: Hahahaha Tak dengar-dengar khabar berita ke masuk bile??

Kemudian borak-borak bertanya khabar mengenai keputusan peperiksaan.


Lihat, MSK bagi Imran adalah masuk, iaitu mahu kepastian wang PTPTN sudah dimasukkan ke dalam akaun atau belum, manakala bagi saya pula mentafsirkan MSK itu adalah Minggu Suai Kenal, sesuai dengan mood ketika itu iaitu program MSK UPSI bagi ambilan Disember sedang berlangsung.


P/S: Terpulang kepada otak untuk mentafsir betul ataupun tak.


2 ulasan:

  1. apa kes PT tu nama orang! PATUT?!

    Hailaaa Fawiz.... Fawiz......

    BalasPadam
  2. Mana lah tahu takut ade org kampung dia baru masuk UPSI, di Ganu kelantan, name panggilan pelik2x berlambak tau.

    'Patut' pulak macam sy fikir dia tanya begini, patut (ke) ada MSK? hihihi

    terpulang kepada otak untuk mentafsir.

    BalasPadam

Tulis-Tulis, nanti saya balas.