Selasa, Januari 25, 2011

Bingung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  

Saya mempunyai beberapa orang rakan serumah di Kolej Harun Aminurashid ini, ada tujuh orang kesemuanya. Disebabkan saya dan rakan sebilik berada di semester 6 manakala rakan serumah yang lain berada dalam semester 2 dan 4, maka mereka memanggil kami sebagai 'Abang'. Walau bagaimanapun, saya bukan mahu bercerita mengenai kata ganti nama, sebaliknya bahasa badan dan hubungan mata (eye contact). Situasinya adalah begini: sebaik sahaja kelas tamat, saya pulang ke kolej kediaman. Sewaktu mahu membuka pintu bilik, ada seorang rakan serumah sedang memegang telefon bimbit di telinga. Seolah-olah dia sedang berborak dengan seseorang, kemudian terpacul ayat ini daripada mulut dia: Abang baru balik kelas ke?


Saya tengok muka dia, gayanya sedang bercakap dalam talian telefon bimbit, namun matanya sedang melihat saya. Saya bingung seketika, sama ada dia sedang bertanya kepada saya ataupun berbual dengan seseorang dalam telefon bimbit. Dalam situasi ini, bahasa tubuh berlaku melalui 'eye contact'. Jadi saya mengambil jalan selamat iaitu saya senyum dan berkata ya baru balik. Walaupun masih teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut.


Kemudian saya terus masuk bilik dalam keadaan kebingungan, dia juga kelihatan bingung. Mungkin soalan itu memang ditujukan kepada seseorang yang dia hubungi melalui telefon bimbit dan bukannya ditujukan kepada saya.


Meskipun begitu, saya terfikir kadang kala bahasa badan seperti 'eye contact' memainkan peranan besar dalam komunikasi, apabila kita mahu bercakap atau berbual dengan seseorang memang kita akan memandang matanya (secara sedar ataupun tidak) bagi menunjukkan kita memberi perhatian ketika bercakap. Namun dalam situasi ini, keadaan tersebut tidak berlaku seperti yang sepatutnya.



7 ulasan:

  1. kalau anda nak tahu..sebelum nak tidur tadi..saya telah mendapat ilham untuk menulis sesuatu mengenai telefon...tapi setelah buka blog anda..anda dah tulis dahulu....terbantut niat saya...tidak mengapa...entri mengenai telefon tersebut saya akan tulis setelah beberapa lama kemudiannya nanti.. =)~

    BalasPadam
  2. saya tulis pasal eye contact. (T_T)

    BalasPadam
  3. taulah..tapi masih berkaitan dgn roomate & hp..ekeke..;P

    BalasPadam
  4. Bro, blog baru ke?? blog lama da tak update eh??

    BalasPadam
  5. daha: sekarang sedang fokus kepada benda ini. blog lama nanti2x duly :)

    BalasPadam
  6. Kalau saya, saya tanya kat bodak tu, 'kau tanya aku ke?.' Barulah dua-dua tak bingung.

    BalasPadam
  7. Nora: tak terfikir sebab tak terbiasa buat begitu :)

    BalasPadam

Tulis-Tulis, nanti saya balas.