Isnin, Januari 17, 2011

Bacaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.


-Mutiara kata.


Kenangan Pertandingan Debat Diraja. Pilih, antara lepak atau membaca.
Aktiviti membaca ini bukanlah satu perkara yang enteng, ianya memerlukan kesabaran dan penelitian fokus yang tinggi. Semester enam kali ini amat mencabar minda dan menguji kesabaran saya. Dek kerana saya mengambil kursus major kesusasteraan Melayu, maka tugasan semester enam kali ini menuntut saya bergelumang dengan Novel-novel Melayu. Saya perlu menganalisis Novel Melayu, menulis novel atau cerpen dan mencipta sajak. 

Maka saya ke perpustakaan untuk mencari buku. Saya lihat apa yang ada di perpustakaan adalah novel-novel Melayu yang saya kira cukup menarik jugalah untuk dikaji dan dibaca. Namun saya masih terkilan kerana tidak menjumpai novel yang saya mahu. Novel itu berjudul Tivi karya  Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad. Apa pun Saya tidak pulang dengan tangan kosong, saya terjumpa Novel sesuai yang boleh dijadikan bahan tugasan untuk Subjek Modal Insan iaitu Renyah, karya Gunawan Mahmood.

Sekarang saya masih dalam mood membaca novel, maka analisis bahasa novel ini saya kira agak menarik untuk diketengahkan. Saya fikir penceritaan saya mengenai pemikiran penulis dan hala tuju novel ini akan meleret-leret panjang untuk ke beberapa episod seterusnya. Nantikan!




5 ulasan:

  1. ketika mencari novel bersama anda..saya pula menemui novel "bila cinta membara"mengisahkan kisah si isteri yag curang..sugguh memberi pengajaran~kikiki~;)

    BalasPadam
  2. oh itu penulisan yang klise. apa perkaitan dengan modal insan mengenai isteri yang curang? sila jawab. hehehe

    BalasPadam
  3. bacalah karya-karya dr. faisal tehrani, dan juga imaen. Novel yang melarikkan isu-isu yang menarik..

    BalasPadam
  4. Azam: Insya Allah kalau ada kelapangan. : )

    BalasPadam
  5. owh..bagi saya ia memberi pengajaran supaya tidak menjadi isteri yang curang kerana takut akan balasan kemudian hari..:P dari segi pembinaan modal insan pula..ia mengajar pembaca supaya menjadi seorang yang jujur & setia..kikiki

    BalasPadam

Tulis-Tulis, nanti saya balas.